Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di Info Hub untuk kelas Bahasa Melayu (0855 - 0945). Ini adalah pertama kali kamu berada di Info Hub tanpa guru. Seluruh kelas perlu berada di tingkat bawah kerana saya ingin pastikan kamu dapat membuat tugasan di bawah pengawasan pustakawan. Saya harap kamu akan menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa kamu mampu berdikari. Wakil kelas akan memberi maklum balas kepada saya jika terdapat apa-apa masalah dalam kelas.

Setiap pelajar dikehendaki menggunakan masa untuk menyelesaikan tugasan Karangan Ekspositori yang diarahkan. Kamu perlu menge-mel karangan itu sebelum tamatnya kelas Bahasa Melayu.

Wakil kelas : Ada


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

No comments:

Post a Comment