Monday, 16 July 2012

Adat & Budaya - Pendapat kamu.

Para pelajar arif budiman,

Sila jawab soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya?
2. Apakah yang dianggap sebagai adat/budaya Melayu?


Terima kasih.
Cg Azizah

29 comments:

  1. 1. Adat/Budaya bermaksud perkara-perkara yang membuatkan budaya kita unik. Ini berpulang kepada beberapa kumpulan seperti makanan,permainan/aktiviti dan komuniti.

    2. Perkara-perkara yang dianggap sebagai adat/budaya melayu adalah seperti kuih-mueh seperti kuih lapis,epok-epok dan keropok lekor. Ada juga aktiviti dan permainan seperti gasing dan bermain komapang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ada. Adat & Budaya Melayu memang unik tapi sayangnya ada segolongan remaja yang tidak mahu dikenali sebagai orang Melayu kerana mereka 'malu'. Saya harap awak tidak sebegitu.

      Delete
  2. 1. Adat dan budaya adalah tradisi-tradisi dan kultur yang khas bagi kumpulan-kumpulan masyarakat tertentu.

    2. Adat dan budaya Melayu adalah apa yang membuat kami dikenali sebagai sebuah kaum yang unik. Ini termasuk pilihan makanan, pakaian dan majlis-majlis yang dijalankan. Ada pelbagai kuih-kuih yang unik hanya kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Iffah. Saya setuju bahawa adat & budaya sesebuah kaum memang unik. Persoalannya, adakah keunikan ini akan berkekalan dengan arus kemodenan yang pesat berlaku? Renung-renungkanlah.

      Delete
    2. Ya, arus kemodenan pasti akan mempengaruhi adat dan budaya sesebuah kaum yang asal. Oleh kerana itu, keunikan satu kaum tidak selalu dapat dikekalkan kerana generasi kami mungkin tidak seselesa dengan tradisi-tradisi ini. Walaupun tidak akan menghapuskan kesuluruhan adat dan budaya, amalan-amalan unik yang dipatuhi akan luntur tidak lama lagi. Sebagai seorang Melayu pada generasi ini, kelunturan adat dan budaya asal jelas dilihat. Pada pendapat saya, ini hanya akan membawa kejatuhan adat dan budaya.

      Delete
    3. Terima kasih Iffah. Adakah awak akan melestarikan adat & budaya Melayu? Mengapa?

      Delete
  3. 1. Adat/budaya adalah perkara atau perbuatan yang telah diamalkan sejak masa dahulu.
    2. Pakaian yang dibuat dan dipakai, makanan yang dimakan atau dimasak, aktiviti yang dimainkan dan musik yang telah dikarya atau dimainkan oleh orang Melayu pada masa dahulu, dianggap sebagai adat/budaya Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sarah. Saya setuju bahawa adat & budaya adalah tradisi turun-temurun. Adakah semuanya harus dipraktikkan pada zaman moden ini? Renung-renungkanlah.

      Delete
  4. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya?

    Adat/ Budaya bermaksud tradisi dan cara hidup nenek moyang dan orang generasi sebelumnya

    2. Apakah yang dianggap sebagai adat/budaya Melayu?

    Makanan melayu, pakaian melayu, pesta/ majlis orang melayu, kehidupan dan agama/ aqidah orang Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mateen. Jika adat & budaya adalah warisan turun-temurun, adakah ia perlu diteruskan? Renung-renungkanlah.

      Delete
  5. 1. Adat adalah sesuatu cara kita membuat sesuatu and budaya adalah apasahaja yang terdapat tentang bagsa seseorang.

    2. Cara Kita mengadakan maslis, cara kita makan, makanan kita, sistem kita dan juga pendidikan kita (Madrasah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfan. Adat & budaya mencorak gaya kehidupan kita. Oleh itu, kita perlu bijak membuat keputusan jika ada adat & budaya yang perlu diteruskan atau dibuang.

      Delete
  6. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya?

    Adat dan budaya adalah seperti tulang belakang setiap kaum atau masyarakat kerana adat dan budaya yang mengasingkan kaum-kaum daripada satu sama lain, dan tanpa adat dan budaya yang berbeza, semua kaum atau masyarakat akan tiada sebarang perlainan dan semua akan sama dan tidak akan terdapat pelbagai kaum - kaum seperti kaum Cina, India, dan Melayu.

    2. Apakah yang dianggap sebagai adat/budaya Melayu?

    Kebanyakan adat dan budaya melayu dipengaruhi oleh perkara perkara di suasana ketika zaman dahulu. Terdapat pelbagai adat dan budaya Melayu seperti Baju Kurung, kuih-muih, cara hidup dan sebagainya. Saya rasa tiada apa yang boleh memberi definasi kepada apa yang adat dan budaya dan apa yang tidak, kerana saya rasa adat-adat dan budaya-budaya Melayu telah sudah mempunyai imej sendiri yang menunjukkan latar belakang komuniti Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Adil. Suatu pandangan yang matang. Saya setuju bahawa adat & budaya menjadikan sesebuah kaum itu unik. Oleh itu, bagaimanakah kita mengekalkan keunikan adat & budaya ini dalam zaman yang serba canggih ini?

      Delete
  7. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya?
    -Adat ialah perkara-perkara yang orang-orang Melayu dahulu selalu percaya dan membuat yang telah diturunkan hingga ke hari ini seperti dilarang bersiul, dilarang membuka payung di dalam rumah dan lain-lain lagi. Budaya ialah cara-cara dan tradisi nenek moyang kami pada masa dahulu.


    2. Apakah yang dianggap sebagai adat/budaya Melayu?
    -Adat dan budaya Melayu ialah seperti baju-baju kurung, kebaya dan juga makanan-makanan Melayu seperti nasi lemak, lontong dan lain-lain lagi. Pesta-pesta dan tarian Melayu juga termasuk kerana ia adalah apa nenek moyang kami telah melakukan dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Harriz. Saya setuju tentang kategori yang telah awak sertakan. Sememangnya adat & budaya adalah tradisi turun-temurun. Adakah awak akan kekalkan adat & budaya yang ada sekarang? Renung-renungkanlah.

      Delete
  8. 1. Adat dan budaya boleh makna perkara-perkara yang kami melakukan dengan biasa yang sudah diturunkan dari generasi ke generasi.

    2. Pakaian seperti baju kurung dan kuih. Dan concept perumahan seperti kampung, kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Danish. Adat & budaya mencorak kehidupan kita. Adakah kita harus salahkan adat & budaya Melayu hinggakan orang Melayu tidak semaju bangsa lain pada zaman ini? Renung-renungkanlah.

      Delete
  9. 1. Adat ialah sesuatu yang perkara yang dilakukan oleh orang zaman dahulu dan dikira sebagai tradisi.
    2. Pakaian, makanan dan gaya hidup kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fathiah. Kita sering dengar bahawa segolongan remaja memang tidak gemari adat & budaya Melayu. Adakah awak rasa perbuatan ini wajar? Renung-renungkanlah.

      Delete
  10. abiyyu arif rahman7/17/2012 12:31 pm

    1. Adat dan budaya sering dikaitkan dengan tradisi. tradisi itu banyak kategori. Contohnya adalah makanan melayu seperti kuih lapis

    2. Seringnya, adat melayu dikaitkan dengan hal-hal yang dibuat pada masa dahulu. Contoh adalah baju-baju yang dibuat dulu, seperti batik, dianggap sebuah adat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abiyyu. Jika adat & budaya adalah tradisi turun-temurun, adakah awak akan meneruskan adat & budaya? Renung-renungkanlah.

      Delete
  11. 1. Dari segi bahasa, adat/budaya bermakna sesebuah peraturan yang diamalkan berturut-turut. Tetapi, saya rasa ia adalah sesebuah tradisi yang mempamerkan kepada orang lain lebih tentang agama atau bangsa kita.

    2. Pakaian dan makanan orang Melayu. Walaubagaimanapun, saya rasa budaya Melayu lebih daripada itu, terutamanya kepada sikap seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sharifa. Adakah Sikap Melayu disamakan dengan Budaya Melayu? Jika ia benar, apakah bukti-buktinya? Saya harap awak boleh berkongsi dengan kami.

      Delete
  12. 1. Adat ialah undang-undang dan perkara biasa yang dibuat oleh tradisi-tradisi sebuah bangsa dan budaya ialah kultur sebuah bangsa.

    2. Adat dan budaya Melayu adalah makanan, pesta, pakaian dan perkara-perkara yang membuat bangsa itu unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Imanni. Dengan adanya undang-undang dalam adat & budaya, adakah kehidupan kita lebih terkongkong? Saya harap awak boleh berkongsi pendapat dengan kami.

      Delete
    2. Tidak, kehidupan kita tidak akan lebih terkongkong kerana undang-undang yang kita ada sudah dimasukkan di dalam diri kita. Kita sudah terbiasa dengan undang-undang tersebut sehingga ia tidak membebankan kita.

      Delete
    3. Terima kasih Imanni. Bagaimana pula jika undang-undang dalam adat & budaya itu tersebut tidak lagi relevan dalam kehidupan? Adakah awak ingin teruskannya?

      Delete
  13. Terima kasih atas sumbangan awak semua. Semoga dengan Segmen Kuiz & Segmen Jamu Selera menjadikan pengenalan yang menarik pada adat/budaya.

    ReplyDelete