Monday, 16 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’? (2 markah)



2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

12 comments:

  1. 1. Perbezaan antara memuat naik dengan memuat turun ialah memuat naik adalah untuk memindahkan fail daripada komputer kepada lelaman internet manakala memuat turun adalah untuk menerima sesuatu fail daripada lelaman.

    2. Dua cara yang boleh dilakukan untuk mengawal keselamatan di ruang siber adalah untuk mengguna kata laluan yang perkasa dan sering gantikannya supaya akaun seseorang selamat daripada jenayah siber, dan pasangkan aplikasi keselamatan komputer supaya tidak mengada risiko daripada jenayah siber.

    3. Pada pendapat saya, ia telah menjadi tumpuan para penjenayah kerana dalam rangkaian sosial media, sesiapa pun boleh memuat naikkan maklumat peribadi mereka untuk capaian seluruh dunia, dengan khusus penjenayah siber. Penjenayah siber, apabila seseorang telah membuka e-mel, dapat mengakses maklumat peribadi dengan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "mengguna" = "menggunakan"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "capaian " = "tatapan"
      - "dengan khusus" = "khususnya"

      Jumlah = 8.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Muat naik ialah untuk memasukkan sesuatu ke lelaman web manakala muat turun ialah untuk mengabil atau memindahkan sesuatu dari lelaman web ke komputer.

    2. Dua caranyan ialah gunakan kata laluan yang perkasa dan sering gantikannya supaya tidak akan ada orang yang boleh masuk ke dalam akaun kami dan pasangkan dengan aplikasi keselamatan yang utuh dalam komputer supaya selamat dari ancaman apapun.

    3. Pada pendapat saya, itu adalah tumpuan para penjenayah kerana seringkali, orang akan memuat naiikan informasi tentang diri mereka di dalam lelaman social dan mungkin boleh mengunnakannya untuk mengancam orang tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."
      - "mengabil" = "mengambil"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "caranyan" = "caranya"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "social " = "sosial"
      - "mengunnakannya" = "menggunakannya"

      Jumlah = 7.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1.) Memuat naik bermakna untuk meletakkan sesuatu dari komputer ke lelaman web seperti memuat naik sebuah gambar dan memuat turun ialah untuk mengambil sesuatu dari lelaman web seperti mengambil sebuah latihan sekolah.

    2.) Dua cara yang boleh dilakukan untuk mengawal keselamatan di ruang siber ialah unutk mempunyai sebuah kata laluan yang perkasa dan sering ditukar supaya selamat dari jenayah-jenayah siber. Program atau aplikasi keselamatan yang baik juga boleh dipasangkan supaya komputer selamat dari apa-apa masalah.

    3.) Pada pendapat saya, ia menjadi tumpuan pada para penjenayah kerana orang-orang sering memuat naik maklumat-maklumat tentang mereka tanpa mengetahui ancaman-ancamannya dan ia akan menolongi para penjenayah untuk mencuri identiti kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "unutk " = "untuk"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "pada " = dibuang, tidak perlu
      - "menolongi" = "membolehkan"

      Jumlah = 8/10
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Memuat naik bermakna mengambil bahan-bahan yang di dalam komputer kita dan meletakkannya di dalam internet untuk dilihat orang lain atau untuk menyimpannya di sana untuk memastikan bahawa ia disimpan dengan selamat. Memuat turun bermakna mengambil bahan-bahan daripada internet dan meletakkannya di komputer kita.

    2. Dua cara yang boleh digunakan adalah untuk menggunakan kata laluan yang perkasa dan sering gantikannya untuk memastikan bahawa tiada sesiapa orang yang tahu tentang kata laluan kita. Lagi satu cara adalah untuk pasangkan aplikasi keselamatan untuk menghentikan aplikasi pihak ketiga daripada mengancam.

    3.Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan penjenayah kerana berjuta-juta orang bersosial di laman itu dan informasi tentang mereka semua terapung di dalam lamannya dan kerana itu, ahli penjenayah akan cuba mendapat informasi itu kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber wang untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 -0.5 = 0.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."
      - "yang di dalam" = "yang ada di dalam"
      - "untuk" = "bagi"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bersosial " = "berinteraksi"
      - "mendapat" = "mendapatkan"

      Jumlah = 7.5/10
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Memuat naik bermakna mengambil bahan-bahan yang di dalam komputer kita dan meletakkannya di dalam internet. Ia juga boleh bermakna sesuatu yang dia hendak memberitahu dunia dan memuat naik supaya boleh dikongi seluruh internet

    2. Dua cara yang boleh digunakan adalah untuk menggunakan kata laluan peribadi dan juga meletakan aplikasi keselamatan untuk menghentikan aplikasi haram yang boleh mengancam akaun dan informasi peribadi kita.

    3.Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan penjenayah kerana berjuta-juta orang bersosial di laman itu dan informasi tentang mereka semua terapung di dalam lamannya dan kerana itu, ahli penjenayah akan cuba mendapat informasi itu kerana ia boleh menolong para penjenayah untuk mencuri identiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."
      - "dikongi seluruh internet" = "dikongsi dengan seluruh warga internet"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bersosial " = "berinteraksi"
      - "boleh menolong" = "membolehkan"

      Jumlah = 8/10
      Terima kasih.

      Delete
  6. 1. Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’?
    Memuat naik adalah untuk meletakkan sesebuah fail ke Internet, tetapi memuat turun adalah menerima atau mendapatkan sesebuah fail di komputer atau telefon bimbit.

    2. Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan.
    Dua cara untuk mengawal keselamat di ruang siber adalah untuk gunakan kata laluan yang perkasa dan gantikannya secara kerap. Pasangkan pula aplikasi keselamatan yang utuh dalam komputer anda supaya anda sentiasa selamat daripada ancaman jenayah siber. Dengan membuat sedemikian, akaun kita di lelaman Facebook tidak akan diceroboh dan komputer kita tidak akan dikenakan virus.

    3. Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.
    Laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana ramai orang melunsuri lelaman itu. Informasi mereka boleh didapati di sana dan ini menyenangkan penjenayah untuk mencuri identiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "keselamat" = "keselamatan"
      - "untuk gunaka" = "dengan gunakan"
      - "Pasangkan" = "Kita perlu pasangkan"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "melunsuri " = "melungsuri "

      Jumlah = 6.5/10
      Terima kasih.

      Delete