Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)


2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk

dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.

(4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

2 comments:

  1. 1. Taktik adalh suatu yang boleh diajar kepada sesorang manakala strategi adalah sesuatu yang direncanakan sendiri.

    2. Dua manfaatnya ialah pentingnya disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik. Di dalan latihan SAF, mereka diajar untuk berdisiplin dan ditunjukkan cara-cara ynag benar untuk memimpin dengan cemerlang.

    3. Pada pendapat saya, ia amat berfaedah kerana ia akan mempersediakan lelaki-lelaki untuk ke Perkhidmatan Negara. Ia juga untuk kesihatan kami dan membuat kami lebih cergas dan sihat untuk menjalankan tugasan kami setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 0.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah...."
      • Pembetulan
      - "adalh" = "adalah"
      - "sesorang" = "seseorang"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.
      • Jawapan = Latihan itu mengajar dia tentang pentingnya disiplin diri dalam menjalani rutin sebagai ahli tentera dan dia belajar bagaimana memimpin dengan lebih baik bila dia dapat pengalaman mengetuai kumpulan.

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu lebih jelas dalam mengutarakan pendapat = persiapan untuk latihan intensif dalam Perkhidmatan Negara dan menjamin kesihatan fizikal yang baik agar tidak mudah sakit
      • Pembetulan
      - "mempersediakan" = "mempersiapkan"

      Jumlah = 4.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete