Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Danish M, Abiyyu, Irfan, Mateen, Adil.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

1 comment:

  1. 1. Perbezaan antara bantuan dengan sokongan ialah bantuan adalah sesuatu yang diguna untuk memberi pertolongan manakala sokongan adalah sesuatu yang memotivasi dan memberikan galakan untuk seseorang.

    2. Dua kesan disentuh tentang bantuan yang dihulurkan phak TYA adalah bagaimana Annisa mendapati gred 'A' selepas mendapati tuisyen daripada TYA dan juga menolong beberapa kanak-kanak yang daripada keluarga berpendapatan rendah atau yang mempunyai ibu bapa tunggal merealisasikan potensi mereka.

    3. Pada pendapat saya, cara in berfaedah kerana ia meningkatkan kesedaran tentang badan-badan yangn sedang monolong keluarga yang berpendapatan rendah, dan boleh mengumpul dana melalui acara-acara yang dijalankan. Wang yang dikumpul juga adalah untuk membiayi mereka yang memerlu pertolongan.

    --

    Maaf untuk penghantaran yang lambat, cikgu.

    ReplyDelete