Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 2HML & 2ML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengalaman ke tempat peninggalan sejarah meninggalkan kesan pada penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1. Tamadun ialah sebuah kumpulan manusia yang besar, sangat besar, tetapi zaman adalah lebih kepada masa untuk mengira waktu kewujudan sebuah tamadun.
    2. Apabila penulis pergi melawat Muzium Sejarah Shaanxi, beliau terpegun dengan perkakas-perkakas dan perhiasan-perhiasan yang dipamerkan kerana ia dikumpul daripada zaman abad ke-17 sebelum Masihi, dan ia boleh dibuktikan oleh frasa "saya kagum melihat perkakas dan perhiasan".
    Lagi satu tempat bersejarah yang memberi kesan kepada penulis ialah Tembok Besar China kerana ia sungguh memenatkan dan meletihkan, dan ia boleh dibuktikan oleh frasa "Boleh lemah lutut dibuatnya".
    3. Ia maksud bahawa penulis dapat mempelajari sejarah sebanyak seperti di dalam bilik darjah, tetapi dia mempelajari dari tempat asal sejarah tersebut dan juga di luar kelas, dan seluruh percutian ini juga kelihatan lebih menarik daripada di dalam bilik darjah.

    ReplyDelete
  2. Soalan 1 : 2 - 1 = 1 markah
    • Makna Tamadun perlu lebih jelas.

    Soalan 2 : 4 markah
    • Isi & huraian jelas. Baik!

    Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
    • Perlu lebih jelas dalam mengutarakan pendapat = ilmu yang diraih daripada lawatan sama seperti di dalam bilik darjah, ilmu lebih autentik (asli) jika pergi ke tempat asal

    Jumlah = 7 / 10
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. 1. Perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman adalah, tamadun bermaksud sekumpulan orang yang tinggal di sebuah waktu yang sama manakala zaman bermaksud masa untuk mengira waktu kewujudan sebuah tamadun.

    Satu kesan itu adalah apabila penulis pergi melawat Muzium Sejarah Shaanxi. Dia melihat perkakas dan perhiasan yang masyarakat China seawal abad ke-17 sebelum Masihi telah gunakan. Ia boleh dibuktikan oleh frasa "saya kagum melihat perkakas dan perhiasan" di dalam petikan.
    Kesan kedua adalah apabila penulis dapat memanjat Tembok Besar China. Tembok itu sepanjang 8,852 kilometer dan dalam petikan, frasa “Boleh lemah lutut dibuatnya” dan ayat “Gerun dibuatnya!” menunjukkan yang pengalaman menaiki tembok itu memang meletihkan.

    3. Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan ini adalah pengetahuan yang telah dia belajar semasa kunjungan itu bagai seseorang belajar di dalam bilik darjah. Maklumat yang dia dapat perolehi sambil mengujung, seperti “Patung-patung perajurit dan kuda itu dipercayai dimakamkan bersama Qin Shi Huang, maharaja pertama China yang hidup dari 259 hingga 210 sebelum Masihi, untuk menemaninya di alam kubur.” dan “Dibina pada 742, masjid yang kelihatan agak usang itu dipercayai masjid tertua di China.” menunjukkan yang dia memperolehi banyak pengetahuan daripada kunjungan itu.

    Maaf kerana telah menghantar kerja selepas tarkih tutup penghantaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu lebih jelas dalam mengutarakan pendapat = ilmu yang diraih daripada lawatan sama seperti di dalam bilik darjah, ilmu lebih autentik (asli) jika pergi ke tempat asal
      • Pembetulan
      - "mengujung" = "berkunjung"

      Jumlah = 7.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Istilah tamadun bermakna beberapa kumpulan orang yang berjumpa lalu membuat kumpulan yang lebih besar. Di dalam kumpulan itu ada beberapa yang ketua dan yang lain akan membuat kerja-kerja yang perlu untuk memastikan kumpulan itu tidak hapus. Zaman bermakna sebuah era dimana beberapa istilah tamadun dicipta lalu dihapus.

    2.Apabila penulis pergi melawat Muzium Sejarah Shaanxi, penulis terpegun dengan perkakas dan perhiasan yang dipamerkan kerana ia dikumpul daripada zaman ke-17 sebelum Masihi, dan ia boleh dibuktikan oleh frasa "saya kagum melihat perkakas dan perhiasan".
    Lagi satu tempat bersejarah adalah Tembok Besar China, penulis berasa gamam apabila ternamapak ketinggian anak-anak tangganya hingga ke paras lutut ini dibukti oleh frasa 'lemah lutut dibuatnya'

    3.Apa yang dimaksudkan penulis adalah pengalaman yang dia terdapat daripada melawati China hampir semua tetapi kelebihannya adalah dia mendapat ingat pengalaman itu kerana dia lebih dekat kepada subjeknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "beberapa yang ketua" = "beberapa orang ketua"
      - "dimana" = "di mana"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "oleh" = "dengan"
      - "gamam apabila ternamapak" = "tergamam apabila ternampak"
      - "dibukti oleh" = "dibuktikan dengan"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu lebih jelas dalam mengutarakan pendapat = ilmu yang diraih daripada lawatan sama seperti di dalam bilik darjah, ilmu lebih autentik (asli) jika pergi ke tempat asal
      • Pembetulan
      - "terdapat" = "dapati"
      - "ingat" = "meningati"

      Jumlah = 4.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete