Monday, 19 March 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.


Petikan : Isnin, 19 Mac 2012, Perkhemahan ajar pelajar adab, kesantunan Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

15 comments:

  1. 1. Perbezaan nilai dan budi adalah nilai bermaksud kemampuan seseorang dan budi bermaksud tabiat.
    2. Dua aspek yang disentuh ialah nilai kehormatan dan nilai kekitaan. Nilai kehormatan boleh diterapkan dengan sentiasa mengingatkan kami pengorbanan orang tua supaya kami akan lebih menghormati mereka. Nilai kekitaan boleh diterapkan dengan membuat kerja masyarakat.
    3. Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana pelajar harus bermandiri dan akan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menerapkan nilai-nilai yang patut mereka ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - penjelasan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - pembetulan = "...sentiasa mengingatkan kami tentang pengorbanan..."

      • Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      - perlukan 1 isi lagi beserta huraian

      Jumlah Markah = 7.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1.) Perbezaan antara budi dan nilai adalah budi bermaksud akal ataupun daya upaya seseorang namun nilai bermaksud harga sesuatu.

    2.) Dua aspek budi yang disentuh ialah nilai kehormatan dan nilai kenindahan. Nilai kehormatan ialah menghormati dan merendah diri kepada golongan masyarakat keutamanya orang tua dan ia boleh diterapkan kerana ia dapat mewakili ciri-ciri seorang Melayu. Nilai keindahan pula ialah bagaimana seseorang akan mempunyai sikap lemah-lembut dan ia boleh diterapkan kerana ia dapat membangunkan sebuah sikap peramah dan baik hati.

    3.) Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana kebanyakan aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk nilai-nilai dan budi-budi Melayu yang diajar dapat membangunkan sikap yang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - penjelasan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 markah
      - jawapan yang tepat!

      • Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      - perlukan 1 isi lagi beserta huraian

      Jumlah Markah = 8 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Perbezaan nilai dengan budi adalah nilai merupakan kemutuan atau betapa berharga sebuah perkara atau benda dan budi merupakan proses kemahiran.

    2) Dua aspek daripada lima aspek yang disentuh itu adalah nilai kehormatan dan nilai kekitaan, iaitu mengutamakan kepentingan masyarakat.
    Nilai kehormatan boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengadakan kerja berkumpulan supaya pelajar-pelajar boleh diuji bertapa mereka hormat pendapat satu sama lain dan jika mereka mengambil giliran menyampaikan pendapat.
    Nilai kekitaan boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan memberi tugasan sukarela di luar kelas supaya pelajar-pelajar dapat berbakti dalam masyarakat dan supaya mereka memahami yang mereka sebahagian daripada masyarakat kita dan jika kami tidak menolong antara satu sama lain dalam masyarakat, kita tidak boleh mengharap balasan yang tinggi kepada kita.

    3) Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana ia bermanfaat kepada pelajar-pelajar Melayu kini kerana nilai-nilai budi generasi kini mungkin akan lebih merosot tanpa perkhemahan sebegini.

    Sarah (S 2-03)

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - penjelasan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - salah ejaan = "bertapa" kepada "betapa"
      - salah kata ganti nama = "...masyarakat kita..." kepada "...masyarakat Melayu..."
      - salah imbuhan = "mengharap" kepada "mengharapkan"

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 - 2 = 1.5 markah
      - pembetulan = "...generasi kini..." kepada "...generasi masa kini..."
      - perlukan 1 isi lagi beserta huraian

      Jumlah Markah = 7 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Budi bermaksud tingkah laku dan perangai seseorang, tetapi nilai bermakna moral seseorang.

    2. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, nilai keindahan dan nilai mengutamakan kepentingan masyarakat boleh diterapkan kerana pelajar-pelajar harus belajar menghargai keindahan Bahasa Melayu kerana mungkin suatu hari budaya Bahasa Melayu akan lesap. Nilai mengutamakan kepentingan masyarakat juga boleh diterapkan kerana pelajar-pelajar harus belajar kepentingan mempertahankan imej masyarakat Melayu.

    3. Perkhemahan ini memang dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana terdapat aktiviti-aktiviti yang memupukkan nilai dan moral baik dalam diri pelajar untuk membentuk mereka menjadi seseorang yang baik dan mengenali budi pekerti. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menghayati adab dan kesantunan orang Melayu, berkongsinya dengan rakan-rakan mereka dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - penjelasan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - pembetulan = "..belajar kepentingan mempertahankan..." kepada "...belajar tentang pentingnya mempertahankan..."

      • Soalan 3 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah
      - perlukan huraian pada isi 2 = "Ini dapat mengukuhkan sifat jati diri sebagai orang Melayu Singapura dalam diri mereka."
      - pembetulan = "...berkongsinya..." kepada "...berkongsi..."

      Jumlah Markah = 8 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi?

    Perbezaan nilai dan budi adalah budi adalah berkelakuan dengan sopan manakala nilai adalah sesuatu yang membantu seorang bersosial dengan orang lain.

    2. Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

    Dua aspek itu adalah nilai kehormatan dan nilai keindahan. Nilai kehormatan adalah berinteraksi dengan seorang dengan adab yang baik. Apabila kami berhormat seorang yang lebih berpengetahuan dalam bahasa melayu seperti seorang melayu yang tua, dia akan mengajar kita dengan baik. Nilai keindahan adalah sikap lemah-lembutt seorang. Apabila seorang yang mengajar kita mendapat tahu kami ada sikap lemah-lembut, dia akan mahu mengajar kami dengan baik.

    3. Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan.

    Pada pendapat saya, Perkhemahan Adab dan Kesantunan Melayu ini mendapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Ini kerana perkhemahan ini mempunai aktiviti-aktiviti yang dapat menjana budi dan nilai Melayu yang baik dalam diri pelajar seperti membaca sajak dan persembahan drama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 1 = 1 markah
      - pembetulan = "nilai adalah pendirian seseorang yang menjejas cara ia bersosial".

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - salah imbuhan = "berhormat" kepada "menghormati"
      - salah kata nama = "bahasa melayu" kepada "Bahasa Melayu"; "melayu" kepada "Melayu"
      - salah ejaan = "lembutt" kepada "lembut"
      - salah kata ganti nama = "...mengajar kita..." kepada "...mengajar kami..."

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 - 2 = 1 markah
      - salah imbuhan = "mendapat" jadi "dapat"
      - salah ejaan = "mempunai" kepada "mempunyai"
      - perlukan 1 isi lagi beserta huraian

      Jumlah Markah = 5.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1. Perbezaan nilai dengan budi adalah bahawa nilai adalah harga atau sifat ketinggian manakala budi adalah kebijaksanaan seseorang.

    2. Dua aspek yang disentuh dalam petikan ini adalah nilai kehormatan dan nilai keindahan. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, nilai kehormatan amat mustahak kerana bukan sahaja ia sesuatu cara budaya Melayu justeru diberatkan dalam pemblejaran Bahasa ini, dan juga ia relevan kepada masa ini bahawa murid-murid telah hilang kehormatan untuk pihak-pihak berkuasa seperti guru-guru dan ibubapa mereka. Nilai keindahan pula, walaupun tidak dikeutamaan, juga penting kerana ia menunjuk kesenian orang Melayu dan juga menekankan akan nilai kehormatan.

    3. Pada pendapat saya, ya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana ia memberikan murid-murid tersebut peluang untuk mengahayati adab dan kesantunan orang Melayu lalu ia juga memupuk nilai-nilai yang penting dalam diri murid-murid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - penjelasan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - salah penanda wacana = "justeru" kepada "malahan"
      - salah kata hubung = "bahawa" kepada "kerana"
      - salah imbuhan = "kehormatan" kepada "rasa hormat" "dikeutamaan" kepada "diutamakan"; "menunjuk" kepada "menunjukkan"
      - pembetulan = "...sentiasa mengingatkan kami tentang pengorbanan..."

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 - 2 = 1 markah
      - salah ejaan = "mengahayati" kepada "menghayati"
      - salah kata hubung = "lalu" kepada "malahan"
      - perlukan huraian pada isi kedua

      Jumlah Markah = 6.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  7. Q. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi?

    A. Nilai adalah sesuatu yang menunjukkan harga sesuatu itu. Misalnya, nilai sesuatu benda yang dijual di pusat membeli belah adalah sama dengan harga benda itu. Budi ialah kelauan yang sopan terhadap seseorang.

    Q. Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

    A. Dua aspek budi yang dikatakan dalam petikan berita itu adalah nilai kehormatan dan nilai keindahan. Nilai kehormatan penting dalan Bahasa Melayu kerana kehormatan adalah satu-satunya sifat yang kami seharusnya ada di dalam kami keranakami seorang Melayu dan ia juga penting untuk kami menghormati guru-guru kami yang sedang mengajar kami Bahasa Melayu supaya mereka boleh mengajar kami dengan sempurna dan kami juga akan memanfaat dari ini. Nilai keindahan juga penting dan mustahak kerana jika kita budu-bahasa dengan guru kami, mereka akan berasa terhormat dan lebih rela untuk mengajar kami Bahasa melayu dengan lebih lanjut dan lebih dalam.

    Q. Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan.

    A. Untuk saya, pada pendapat saya, perkhemahan sungguh baik untuk menjana budi seseorang pelajar kerana perkhemahan seperti ini mempunyai banyak activiti -aktiviti yang dapat menjana budi dan nilai seerti membacakan buku melayu kepada rakan-rakan dan mereka boleh membuat murid-mrid itu berbual hanya dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      - salah ejaan = "kelauan" kepada "kelakuan"

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      - salah imbuhan = "seharusnya" kepada "harus"
      - salah susunan = "keranakami" kepada "kerana kami"; "kami juga akan memanfaat dari ini" kepada "kami juga akan menerima manfaatnya."

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 1 = 0 markah
      - salah ejaan = "activiti" kepada "aktiviti"; "seerti" kepada "seperti"; "mrid" kepada "murid"
      - salah kata nama = "buku melayu" kepada "buku Melayu"
      - salah susunan = "berbual hanya" kepada "hanya berbual"; "banyak aktiviti" atau "aktiviti-aktiviti"
      - perlukan 1 isi lagi beserta huraian

      Jumlah Markah = 4 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  8. Abiyyu Arif Rahman3/28/2012 12:05 am

    Q1. Budi adalah sifat sopan santun kepada orang lain sementara nilai adalah harga sifat.

    Q2. Dua aspek budi yang dikatakan dalam petikan berita itu adalah nilai hormatan dan nilai kekitaan. Nilai kehormatan diterapkan oleh cikgu bukan sahaja dari memberi salam. Cikgu juga memberi kuliah singkat tentang menghormati jika apa yang dipelajari mempunyai kaitan dengan kehormatan. Nilai kekitaan selalu diterapkan kerana banyak kerja dilakukan dalam kumpulan

    Q3. Menurut saya perkhemahan sangat baik untuk menjana banyak budi kerana perkhemahan menguji orang dalam aspek kekuatan, kerja sama, kepandaian dan lain

    ReplyDelete