Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (2HML & 2ML)

Salam sejahtera semua,


Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan  : Berita

1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan bengkel dengan forum? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, ada disentuh tentang impak negatif daripada media sosial.  Nyatakan dua impak negatif tersebut itu dan jelaskan bagaimana ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam kehidupan kamu.  (4 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau; terpulang kepada si pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak menguntungkan ataupun memudaratkan”.  Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan ini?  Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

13 comments:

  1. 1. Perbezaan bengkel dengan forum adalah bengkel merupakan mesyuarat untuk membincang tentang sesebuah masalah tertentu manakala forum adalah majlis perbincangan untuk bertukar-tukar pendapat.

    2. Dua impak negatif tersebut adalah menggunakan media sosial sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam kehidupan kami dengan mengikuti etika semasa di alam sosial supaya orang lain tidak akan terperanguh dengan impak negatif dan supaya mereka tahu bagaimana untuk bersikap di alam sosial dengan baik.

    3. Ya, saya setuju dengan pernyataan itu. Seseorang boleh menyatakan perkara-perkara buruk di alam sosial dan jikapun dia menghampuskan komen atau penulisannya, orang yang telah membacanya masih boleh terasa tersinggung. Berita tentang seseuatu yang ditulis yang boleh dilihat ramai akan merebak dan walaupun pembaca mungkin tidak mengenali orang yang menulis, mereka akan mendapat gambaran yang orang itu buruk perangainya. Tetapi, seseorang boleh melakukan yang sebaliknya, dan tulis sesuatu yang baik dan mungkin bermotivasi, dan ia akan menimbulkan kesan yang amat baik. Penulis dan pembaca akan berpuas hati dengan hasil itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 1 - 0.5 - 0.5 = 0 markah
      • Bengkel bukanlah suatu mesyuarat. Sila pastikan ia penerangan yang tepat.
      • Pembetulan
      - "membincang " = "membincangkan"
      - "sesebuah" = "sesuatu"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan
      • Pembetulan
      - "terperanguh" = "terpengaruh"
      -"bersikap" ="beretika"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "terasa" = "rasa"
      • Salah kata hubung
      - "Tetapi" = "Namun"

      Jumlah = 4/10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Perbezaan bengkel dan forum adalah, bengkel adalah sebuah sesi yang seorang jurulatih mengajar sesuatu, seperti sebuah kemahiran. Manakala, forum adalah sebuah sesi yang beberapa orang bebas untuk memberikan komen mereka tentang sesuatu isu.

    2. Dua impak negatif media sosial ialah, ia digunakan sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Kita boleh mengelakkan ia berlaku dalam hidup kita dengan berhati-hati dengan apa yang kita bercakap atau membincang dalam Internet.

    3. Ya, saya setuju dengan pernyataan itu. Media sosial ialah salah sebuah cara kita berkommunikasi dengan orang lain, melalui cara yang cepat. Walaupun begitu, ada masanya apabila media sosial digunakan dengan salah. Ia digunakan untuk membuat fitnah atau membuli seseorang. Sebuah contoh ialah dengan menconteng sebuah gambar seseorang. Apa sahaja yang kita membincangkan di media sosial akan tersebar dengan cepat. Tetapi, jikalau media sosial digunakan dengan betul, ia boleh menjadi sesuatu yang amat berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Pembetulan
      - "yang" = "di mana"
      - "sebuah" = "suatu"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan
      • Salah imbuhan
      - "membincang" = "berbincang"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Perlu tambah 1 isi & huraian = yang positif
      • Salah ejaan
      - "berkommunikasi" = "berkomunikasi"
      • Salah kata hubung
      - "Tetapi" = "Namun"

      Jumlah = 3.5/10

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Perbezaan bengkel dengan forum adalah bengkel sesuatu aktiviti yang dijalankan supaya seseorang dapat mempelajari lebih tentang sesuatu manakala forum adalah sebuah majlis untuk membincang tentang beberapa subjek dan juga bertukar-tukar pendapat.

    2) Impak-impak negatif daripada media sosial adalah menggunakannya sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Ia boleh dielakkan melalui mengada displin diri, iaitu tidak senang terpengaruh dengan perkara-perkara buruk yang di media sosial. Ia juga boleh dielakkan dengan memerhatikan etika alam siber, kerana kita tidak akan mengikut tren buruk kini.

    3) Saya setuju dengan pernyataan ini. Pada pendapat saya, sesiapa sahaja boleh memilih cara mereka mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun, walaupun baik atau buruk. Oleh ini, media sosial boleh digunakan dengan salah melalui menaburkan fitnah, tetapi juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dan membincang perkara-perkara yang relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "membincang" = "membincangkan"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan
      • Pembetulan
      - "melalui mengada" = "dengan adanya"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "mahu" = dibuang, tidak perlu
      • Salah imbuhan
      - "membincang" = "berbincang"

      Jumlah = 6/10

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Perbezaan bengkel dengan forum ialah forum selalunya sebuah tempat di mana orang-orang boleh menyatakan pendapat mereka secara bebas dan juga boleh bertukar pendapat bersama orang-orang lain di forum itu manakala bengkel ialah sebuah tempat di mana sekumpulan orang dapat diajari oleh seorang guru atau jurulatih.

    2) Dua impak negatif dari media sosial ialah ia dapat digunakan sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Ia dapat dielakkan jika seseorang dapat menahan diri dari dipengaruhi dan sentiasa mengikuti sikap yang sopan dalam alam siber.

    3) Saya setuju dengan pernyataan ini. Media sosial dapat memburukkan reputasi sesiapapun jika seorang itu tidak bersopan. Tiada sesiapa yang dapat mengesan mereka dalam alam siber dan kerana inilah banyak fitnah dan tuduhan dapat dilemparkan di alam siber tanpa kawalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "dapat diajari oleh" = "mempelajari daripada"
      • Salah kata hubung
      - "bersama " = "dengan"

      Soalan 2 : 4 - 2 = 1 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu tambah 1 Isi & huraian.

      Jumlah = 4/10

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Perbezaan bengkel dengan forum ialah bengkel adalah sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk seseorang mempelajari sesuatu tetapi forum adalah sebuah majlis untuk bertukar-tukar pendapat.

    2. Dua impak negatif daripada media sosial adalah menggunakannya untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Ia boleh dielakkan dengan disiplin diri untuk tidak senang terpengaruh oleh rakan-rakan dengan fitnah dan mengumpat. Ia juga boleh dielakkan dengan tidak mengikuti perkara yang buruk yang dibuat oleh kawan-kawannya.

    3. Ya, saya setuju dengan pernyataan ini. Pada pendapat saya, media sosial boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun dan kerana itu, ia boleh digunakan untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Walaupun begitu, ia juga boleh digunakan untuk berbincang perkara-perkara yang relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan

      Soalan 3 : 4 - 1 = 3 markah
      • Perlu jelaskan isi "berbincang perkara-perkara yang relevan"

      Jumlah = 7/10

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1.Perbezaan bengkel dengan forum adalah bengkel diadakan untuk mengajarkan orang tentang sebuah topic yang bermanfaat kepada semua. Forum adalah sebuah sesi yang digunakan sebagai platform di mana orang boleh menyoal tentang sebuah topic dan mendapat jawapannya dari penonton awam.

    2. Dua impak negatif daripada media sosial adalah keupayaannya untuk menaburkan fitnah dan mengumpat. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan sifat perbezaan antara betul dan salah kerana kita tahu bahawa menaburkan fitnah dan mengumpat tidak bagus untuk pemikiran kita dan pemikiran orang lain.

    3.Saya bersetuju kerana media sosial boleh menolong atau merosakkan orang lain kerana kita boleh menggunakan sosial media sebagai platform untuk belajar dan menolong kita tetapi kita juga boleh menggunakan sosial media sebagai senjata yang boleh mencederakan orang lain dalam aspek jasmani atau rohani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 0.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "mengajarkan" = "mengajar"
      • Pembetulan
      - "topic" = "topik"
      • Salah kata hubung
      - "dari" = "daripada"

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi "menaburkan fitnah dan mengumpat" adalah dalam kategori yang sama = berasal daripada perbualan. Perlu tambah 1 isi = ketagihan

      Soalan 3 : 4 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Jumlah = 6.5/10

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1.Perbezaan bengkel dengan forum adalah bengkel diadakan untuk mengajarkan orang tentang sebuah topic yang bermanfaat kepada semua. ia juga untuk mempelajari sesuatu yang baru atau mahu lebih pengetahuan Forum adalah platform di orang boleh menyoal dan menjawab sebuah topic dan mendapat jawapannya dari penonton awam. Forum juga adalah sebuah majlis untuk bertukar-tukar pendapat dan opinian tentang seseuatu subjek

    2. Dua impak negatif daripada media sosial adalah mengumpat dan berkata sesuatu yang boleh Ini boleh dielakkan dengan menggunakan sifat perbezaan antara betul dan salah kerana kita tahu bahawa menaburkan fitnah dantidak bagus untuk pemikiran kita dan pemikiran orang lain.

    3.Saya bersetuju kerana media sosial boleh menolong atau merosakkan orang lain kerana kita boleh menggunakan sosial media sebagai platform untuk berkomunikasi dan mengerat persahabatan tetapi ia juga boleh diguna sebagai bom yang boleh mencederakan orang lain dalam aspek jasmani atau rohani.

    ReplyDelete