Wednesday, 21 March 2012

Santapan Minda – Kesihatan Fizikal, Mental & Rohani (Menengah 2HML & 2ML)

Selamat sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini.

Petikan : Rabu, 21 Mac, Bersemangat ingin turunkan berat badan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

12 comments:

  1. 1.Perbezaan minat dengan tabiat adalah bahawa minat adalah aktiviti yang membangkitkan perhatian sese­orang manakala tabiat adalah satu perbuatan yand sudah selalu dilakukan.

    2. Program LTW menarik kerana ia dikendali dengan cara yang kreatif lagi tidak membosankan dan membuat senaman suatu tabiat. Cik Siti mengada seorang jurulatih memberangsankan dan juga diajar banyak cara untuk menjaga kesihatan melalui meluaskan pengetahuan mengenai makanan.

    3. Ya, pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya. Melalui petikan yang telah menyata bahwawa aktiviti-aktiviti program LTW dijalankan dengan cara kreatif dan beliau juga bersenam dengan rakan-rakannya dan membuat perancangan makanan bersama mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bahawa" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Salah imbuhan
      - "dikendali" = "dikendalikan"
      - "mengada" = "mempunyai"
      • Pembetulan
      - "memberangsankan" = "memberangsangkan"
      - "melalui " = "dan dapat"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu jelaskan isi dengan lebih baik
      • Pembetulan
      - "menyata bahwawa" = "menyatakan bahawa"

      Jumlah = 5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Perbezaan minat dan tabiat adalah, minat adalah keinginan dan kesukaan seseorang terhadap sesuatu. Tabiat adalah sesuatu yang dibuat setiap hari dan sesuatu sudah selalu dibuat.

    2. Program LTW menarik kerana ia membuat peserta-peserta jadikan senaman sebagai suatu tabiat dan caranya juga kreatif. Selain itu, program LTW juga mengajar peserta-peserta membuat perancangan makanan bagi dua atau tiga hari.

    3. Ya. Cik Siti bersenam bersama-sama dengan teman jururawat lelakinya yang juga berlebihan berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "sesuatu" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu nyatakan huraian dengan lebih jelas

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian


      Jumlah = 5.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1.)Perbezaan minat dan tabiat ialah adalah bahawa minat lebih kepada keinginan dan kehendakan seseorang dalam suatu tugasan namun, tabiat adalah sesuatu tugasan yang sudah dibuat oleh seseorang banyak sekali sehingga ia menjadi sesuatu yang dia selalu melakui.

    2.)Program LTW menarik kerana ia dapat menjadikan senaman sebagai suatu tabiat dalam cara yang kreatif dan seronok sehingga pesertanya dapat bersenam tanpa paksaan.Cik Siti sebagai seorang peserta dapat diajar oleh program itu dan dapat bersenam bersama rakan-rakannya.

    3.)Pendapat Cik Siti bertetapan dengan apa yang dilakuinya kerana melaui program itu, dia dapat bersenam dan bermakan lebih sihat bersama rakan-rakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 0.5 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "ialah adalah" = "adalah"
      - "kehendakan" = "kehendak"
      • Salah imbuhan
      - "melakui" = "melakukan"

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu nyatakan huraian dengan lebih jelas

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian


      Jumlah = 4.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Perbezaan minat dan tabiat adalah minat adalah keinginan dan kesukaan seseorang terhadap sesuatu manakala tabiat adalah sesuatu kerja yang sering dibuat sehingga ia menjadi sesuatu yang kadangkala dilakukan dengan tidak sengaja.

    2) Program LTW menarik kerana ia memasukkan komponen yang seronok dalam senaman sehingga ia tidak membosankan dan telah menjadi sesuatu tabiat untuk bersenam. Cik Siti juga menerangkan tentang makanan yang boleh dirancang peserta LTW, seperti untuk memakan sayur tiga kali sehari, makan beras perang tiga kali seminggu dan mengurangkan 500 kalori dalam pemakanan setiap hari.

    3) Pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya kerana petikan menyatakan yang dia mempunyai seorang teman jururawat lelaki dan mereka bersenam bersama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "adalah" = "ialah"
      - "adalah" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu nyatakan huraian dengan lebih jelas

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu tambah 1 huraian pada isi pertama & tambah 1 isi pada huraian kedua.


      Jumlah = 5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Minat adalah sesuatu yang seseorang gemar melakukan tetapi tabiat ialah sesuatu yang sering dilakukan oleh seseorang hingga menjadi biasa.

    2. Program itu membuat senaman kelihatan lebih menarik dan lebih asyik untuk dilaksanakan dan telah dijadikan tabiat untuk semua orang yang menyertai program tersebut. Seseorang yang bernama Cik Siti telah memberitahu bahawa cara memakan kami boleh merubahkan berat badan kami.

    3. Ya kerana dia juga bersenam bersaman rakannya iaitu seorang jururawat lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "melakukan" = "lakukan"
      - "biasa" = "kebiasaan"

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu nyatakan huraian pada isi pertama dan tambah 1 isi pada huraian kedua
      • Pembetulan
      - "merubahkan" = "mengurangkan"

      Soalan 3 : 0 markah
      • Jawapan kurang jelas

      Jumlah = 3 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  6. 1.)Perbezaan minat dan tabiat ialah minat adalah sesuatu yang mereka suka membuat tetapi tabiat adalah seuatu yang mereka telah biasa membuat sehingga ia dibuat tanpa dia sedari

    2.)Program LTW menarik kerana ia menjadikan menjadikan senaman seronok dan sesuatu tabiat. Ini boleh mengurangkan orang yang berasa bosan apabila bersenam

    3.)Pendapat Cik Siti bertetapan dengan apa yang dilakuinya kerana melaui program itu. Cik Siti dapat bersenam dan bermakan dengan lebih sihat bersama teman jururawat lelakinya yang berlebihan berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "membuat " = "buat "
      • Pembetulan
      - "seuatu" = "sesuatu"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu nyatakan huraian pada kededua isi
      • Pembetulan
      - "menjadikan" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Pembetulan
      - "dilakuinya" = "dilakukannya"
      - "melaui" = "melalui"
      - "bermakan" = "makan"

      Jumlah = 5 / 10
      Terima kasih.

      Delete