Tuesday, 20 March 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 2HML & 2ML)

Selamat sejahtera semua,

Sila buat tugasan ini.

Petikan : Selasa, 20 Mac, Muzikal dalam acara budaya Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

12 comments:

  1. 1. Cabaran adalah sesuatu tantangan yang harus dilalui tetapi rintangan adalah halangan.

    2. Dua pengalaman itu adalah seni Melayu iaitu seperti permainan tradisional dan pakaian tradisional seperti dikatakan di petikan dan juga dapat merasai kuih-kuih sperti epokepok, puteri salat, bingka ubi dan lapis nyonya seperti dikatakan di petikan.

    3. Saya rasa ia amat relevan kerana muzik dapat membuat pelajar lebih berkenan dengan bahasa Melayu. Ia juga dapat menenangkan pelajar. Dengan cara itu, pelajar akan lebih fokus dan akan kurang stes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Isi yang tepat. Baik!
      • Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Salah imbuhan
      - "merasai" = "merasakan"

      • Pembetulan
      - "epokepok" = "epok-epok"
      - "seni Melayu" = "pengunjung dapat mengalami pengalaman baru"

      Soalan 3 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah

      • Perlu tambah 1 huraian = kesan apabila pelajar suka pada Bahasa Melayu

      • Pembetulan
      - "berkenan" = "suka"


      Jumlah = 6.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Perbezaan cabaran dengan rintangan adalah bahawa cabaran adalah sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang manakala rintangan adalah sesuatu halangan atau gangguan.

    2. Dua pengalaman yang pengunjung dapat mengalami adalah peluang untuk menikmati muzikal yang akan berlangsung. Pengunjung juga berpeluang belajar akan aktiviti rempaian yang mengenai kebudayaan dan seni Melayu sperti membuat bakul, melukis batik, bermain permainainan tradisional dan sebagainya.

    3. Pada pendapat saya, ya, tema muzikal yang dilaporkan dalam petikan amat relevan untuk para pelajar. Ini kerana seperti muzikal ini, seorang pelajar harus bermotivasi untuk berpegang kepada impian-impian mereka dan jangan putus asa apabila mengada kesukaran. Ini akan membawa hasil yang memuaskan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Isi yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bahawa" = dibuang, ia tidak perlu

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Salah imbuhan
      - "mengalami" = "alami"

      • Pembetulan
      - "rempaian " = apa maknanya?
      - "permainainan" = "permainan"

      Soalan 3 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah

      • Perlu tambah 1 huraian = kesan apabila pelajar suka pada Bahasa Melayu

      • Pembetulan
      - "mengada " = "menghadapi"


      Jumlah = 6.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1. Perbezaan cabaran dan rintangan adalah, cabaran bermakna sesuatu ajakan yang menguji kemahiran dan kemampuan seseorang. Rintangan bermakna sesuatu yang menghalangi seseorang.

    2. Dua pengalaman yang pengunjung dapat mengalami adalah, menikmati muzikal yang akan berlangsung dan belajar cara membuat bakul.

    3. Pada pendapat saya, tema muzikal ini memang relevan kerana ramai pelajar akan menghadapi rintangan dan cabaran. Mereka harus bermotivasi untuk tidak putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah

      • Isi yang tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah

      • Salah imbuhan
      - "mengalami" = "alami"

      • Perlu jelaskan 2 isi dengan huraian.


      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah

      • Perlu tambah 1 isi & huraian


      Jumlah = 5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Perbezaan cabaran dan rintangan adalah yang cabaran bermaksud sesebuah perkara yang menguji kemahiran manakala rintangan bermakna halangan yang dialami seseorang dalam perkara.

    2. Dua pengalaman yang pengunjung dapat mengalami adalah peluang menyaksikan pelbagai pameran kebudayaan dan seni Melayu seperti permainan tradisional dan pakaian tradisional dan sebagainya dan menikmati muzikal yang akan berlangsung sekitar satu setengah jam itu di kawasan lapang.

    3. Pada pendapat saya, tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan relevan untuk para pelajar kerana ia dapat mendorong orang yang menonton musikal ini untuk tidak putus asa dan juga memaparkan perkara yang diperolehi setelah dihadapi rintangan dan cabaran. Musikal ini membawa mesej yang baik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah

      • Isi yang tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah

      • Salah imbuhan
      - "mengalami" = "alami"

      • Isi & huraian yang jelas. Baik!


      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Pembetulan
      - "musikal" = "muzikal"
      - "perkara" = "hasil yang baik"


      Jumlah = 8.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1.Cabaran adalah sesuatu masalah yang kita harus menyelesaikan untuk menjadi lebih bagus kerana ia melatihkan kita untuk sampai sasaran kita dengan lebih cepat. Rintangan adalah sesuatu masalah yang akan menjauhkan kita daripada sasaran kita.

    2.Dua pengalaman yang pengunjung dapat mengalami adalah peluang untuk tahu lebih tentang seni Melayu seperti pakaian tradisional dan sebagainya dan juga menikmati muzikal yang akan diadakan di sana.

    3.Pada pendapat saya, temanya relevan kerana kebanyakan muzikal sperti ini ada pelajran untuk pendengarnya seperti jangan putus asa atau jangan mengukir janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 0 markah
      • Isi yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "menyelesaikan" = "selesaikan"
      - "melatihkan" = "melatih"
      • Pembetulan
      - "sampai" = "capai
      - "daripada sasaran" = "daripada mencapai sasaran"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Salah imbuhan
      - "mengalami" = "alami"
      • Perlukan huraian bagi kededua isi.


      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Pembetulan
      - "sperti" = "seperti"
      - "pelajran " = "pengajaran"
      - "pendengarnya" = "audiens"
      - "mengukir" = "mungkir"

      Jumlah = 3.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  6. 1. Cabaran adalah sesuatu perbuatan yang yang menguji suatu ketahapan seseorang

    2. Dua pengalaman boleh mengalami adalah peluang untuk mendapat tahu dengan lebih perinci seni Melayu dan menonton musikal yang diadakan di situ

    3. Saya rasa ia amat relevan kerana Muzikal seperti ini ada mesej yang bermanfaat seperti jangan putus asa atau jangan mengukir janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 1 - 0.5 - 0.5 = 0 markah
      • Perlu tambah makna rintangan
      • Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."
      • Pembetulan
      - "suatu ketahapan" = "daya ketahanan"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Salah imbuhan
      - "mengalami" = "alami"
      - "seni" = "kesenian"
      • Pembetulan
      - "perinci" = "terperinci"
      - "musikal" = "muzikal"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian
      • Pembetulan
      - "mengukir" = "mungkir"

      Jumlah = 3.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete