Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (2HML & 2ML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu.  Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.  Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”.  Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang?  Berikan pendapat kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad



4 comments:

  1. 1. Kesenian adalah sebuah pengetahuan yang kami perolehi manakala warisan adalah sesuatu peninggalan untuk kami.

    2. Kayu yang bersemangat tinggi hanya boleh digunakan oleh raja dan objek-objek yang bernilai tinggi. Kayu yang bersemangat rendah digunakan untuk penggunaan harian.

    3. Tidak kerana sekarang ramai orang sudah lupa betapa pentingnya pohon itu. Mereka malah membazirkannya tanpa alasan. Mereka sudah tidak lagi bersyukur dengan adanya pohon kerana semua benda sudah mudah didapati pada zaman kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 3 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Perlu mulakan ayat dengan..."Saya tidak setuju dengan penyataan ini....."
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 9/10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Perbezaan kesenian dengan warisan adalah kesenian merupakan kemahiran dan pengetahuan yang didapatkan manakala warisan adalah perkara, kemahiran atau bakat yang diwarisi daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua.

    2. Dua semangat yang kayu mempunyai dalam konteks masyarakat Melayu adalah kayu yang bersemangat tinggi dan bersemangat rendah. Semangat kayu menetapkan kesesuaiannya untuk digunakan bagi pembinaan atau pengunaan tertentu. Hulu-hulu keris, objek-objek adat dan pintu menggunakan kayu yang bersemangat tinggi manakala kayu untuk kegunaan harian adalah kayu yang bersemangat rendah.

    3. Tidak, pernyataan ini tidak sesuai pada konteks sekarang. Kayu tidak diperlukan lagi untuk keperluan seharian atau untuk membuat keris dan ia tidak menjadi pemilihan bagi bahan-bahan untuk dijadikan rumah bebanding dengan arkitek-arkitek dahulu yang mengunakannya. Kepercayaan yang dunia dapat dihuraikan kepada dua entiti utama yakni alam manusia dan alam roh juga sudah terhapus dalam pemikiran orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "didapatkan" = "diperolehi"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "pengunaan" = "penggunaan"

      Soalan 3 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "mengunakannya" = "menggunakannya"

      Jumlah = 8.5/10

      Terima kasih.

      Delete