Saturday, 3 March 2012

Peta Minda Destinasi Terakhir - Sharifa S203


1 comment:

  1. Terima kasih atas sumbangan. Berikut adalah komen saya.

    Peta Minda - Destinasi Terakhir
    1. Permulaan & Aksi Menaik - bertepatan
    2. Konflik - Bagaimana tentang penulis bertanya dalam dirinya di perenggan 2? Penulis rasa takut bila pintu kapal angkasa terbuka, ada asap? Keadaan apabila kapal angkasa bergerak. Ia adalah konflik dalaman.
    3. Klimaks - bertepatan kerana ada rasa takut penulis apabila berdepan dengan makluk asing.
    4. Aksi Menurun & Penyelesaian - bertepatan.
    - komen saya = penerangan awak masih kabur dalam bahagian konflik & klimaks. Untuk jadikan cerita menarik, dua bahagian ini penting kerana ia akan menarik perhatian pembaca.


    Peta Minda - Erti Pengorbanan Ibu Bapa
    1. Ada penggunaan konsep imbas kembali
    - sesuatu yang baik
    - sila pastikan ia dapat ditulis dalam konteks yang berkesan (bila penulis termenung selepas sesuatu peristiwa?)
    - penulis teringat masa kecil yang dia inginkan telefon bimbit canggih? Ia tidak begitu relevan sebab zaman kanak-kanak tidak begitu menonjol dari segi kebendaan
    2. Persoalan dalam tema - telefon bimbit
    - idea tidak begitu berkesan kerana isu telefon bimbit jadi isu yang dah lama, susah untuk meyakinkan yang ia memang isu penting dalam kehidupan
    - bagaimana tentang isu pendermaan organ?

    ReplyDelete