Tuesday, 27 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Usaha Tangga Kejayaan)

Selamat sejahtera,

Kamu perlu menghasilkan karangan yang bertajuk...

Tajuk : Usaha Tangga Kejayaan

Kamu perlu memuat turunkan lampiran Latihan II - 2HML & 2ML daripada Googlesite, "Karangan Naratif". Karangan ini harus ditaip dan diemel. Sila rujuk pada dapatan yang diletakkan di sini agar karangan kamu mempunyai isi-isi yang relevan.


Bagi memastikan kamu mempunyai isi-isi yang diperlukan, setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Tema
  2. Latar
  3. Imbas Muka & Imbas Kembali
  4. Saspens
  5. Kejutan
  6. Konflik Luaran & Konflik Dalaman
  7. Kemuncak
  8. Watak & Perwatakan
  9. Sudut Pandangan
  10. Gaya Bahasa - Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora
  11. Peribahasa

Oleh itu, kamu perlu membuat kajian ringkas dan kongsi dapatan kamu di ruang komen. Di bawah ini adalah pembahagian tugasan.

Video 1
  • Ada & Abiyyu - Tema & Latar, Imbas Muka & Imbas Kembali
  • Danish & Iffah - Saspens & Kejutan, Konflik Luaran & Konflik Dalaman, Kemuncak
  • Sharifa - Watak & Perwatakan, Sudut Pandangan, Peribahasa
  • Fathiah & Sarah - Gaya Bahasa (Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora)

Video 2
  • Harriz - Tema & Latar, Imbas Muka & Imbas Kembali
  • Imanni & Mateen - Saspens & Kejutan, Konflik Luaran & Konflik Dalaman, Kemuncak
  • Irfan - Watak & Perwatakan, Sudut Pandangan, Peribahasa
  • Adil - Gaya Bahasa (Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora)


Sila letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Video 1
  • Tema : ________________
  • Latar : ________________
  • Imbas Muka : ________________
  • Imbas Kembali : ________________

Oleh ________ & _________


Perkongsian ini perlu dilakukan sebelum selesai waktu kelas pada hari ini. Terima kasih.


Video 1




Video 2


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. Video 2
    Tema : Jangan Berputus Asa
    Latar : Video ini dihasil untuk memberi perangsang kepada orang-orang lain.
    Imbas Muka : ________________
    Imbas Kembali : ________________

    Oleh Harriz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imbas Muka bermakna masa hadapan
      Imbas Kembali bermakna mengingati tentang masa dahulu.

      Delete
  2. Video 1
    Tema: Jangan Putus Asa

    Latar: Video ini dihasil untuk mengajar penonton untuk tahu bahawa semua orang akan ada masalah mereka sendiri dan mereka harus menyelesaikan dengan perangai yang yakin.

    Imbas Muka:?
    Imbas Kembali:?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imbas Muka(Apa yang agaknya akan terjadi): Jika pelari itu tidak menghabiskan lumba itu, dia akan rasa malu kerana ada banyak orang yang harap untuk pelari itu menghabiskan dan menang lumba itu.

      Imbas Kembali: Pelari itu pasti teringat sesi-sesi berlatih dan berasa bahawa dia tidak akan membazir latihan-latihan yang dia telah melakukan.

      Delete
  3. Video 2
    Gaya Bahasa: Gaya bahasa video ini digunakan dalam cara seperti penonton sedang 'berbual' dengan video tersebut, dan ini kerana video ini menggunakan perkataan seperti "you" atau "awak" dalam bahasa melayu, dan akan membuat penonton berasa seperti sedang berbual dengan seseorang.

    ReplyDelete
  4. Video 1
    Tema : Jangan pernah berhenti mencapai impian anda. Ada banyak masalah dalam hidup dan hanya orang yang berjuang boleh mencapai impian
    Latar : Video ini dihasilkan untuk membuat orang lebih kuat hati dan fikirannya.

    ReplyDelete
  5. Video 1
    Tema: Jangan Putus Asa

    Watak & Perwatakan: ?

    Sudut Pandangan: Sudut pandang pengamat

    Peribahasa: Alah bisa tegal biasa ~~ pekerjaan yang susah jika sering dilakukan akan menjadi senang

    Belakang parang diasah lagikan tajam ~~ orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai akhirnya.

    ReplyDelete
  6. Video 1

    Saspens : Apabila Derek tiba-tiba terhenti di trek lumba.
    Kejutan : Derek tidak berputus asa dan berhenti berlari walaupun kakinya sakit dan menghabiskan perlumbaan itu dengan "hamstring"nya yang shudah koyak.
    Konflik Luaran : "Hamstringnya koyak tetapi dia masi mahuh lari tetapi ia boleh menjadi bahaya.
    Konflik Dalaman : Mahu menyelesaikan perlumban itu walaupun badannya sakit.
    Kemuncak : Derek menghabiskan perlumbaan itu dengan sedaya upaya dan dia tidak memutus asa.

    Oleh Danish (S203) & Iffah (S204)

    ReplyDelete
  7. Video 2
    Saspens & Kejutan : Kegagalan
    Konflik Luaran & Konflik Dalaman : Konflik luar adalah halangan-halangan dalam kehidupan, konflik dalaman adalah kalau dia memilih untuk mengatasinya.
    Kemuncak : Apabila dia memilih untuk mengatasi kegagalannya.

    Oleh Mateen dan Imanni

    ReplyDelete
  8. Video 1

    Watak: Lelaki itu menunjukkan perwatakan yang tabah- walaupun beliau menghadapi kesukaran berlari kerana kakinya kesakitan, beliau masih ingin selesaikan perlumbaannya itu.

    Sudut Pandangan: Adalah daripada seseorang penonton perlumbaan itu.

    Peribahasa: Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak (Kalau nak capai sesuatu, kenalah usaha dengan gigih)

    ReplyDelete
  9. Video 1
    Gaya Bahasa: Gaya bahasa video ini digunakan dalam cara menceritakan sebuah cerita tentang apa yang terjadi, dan ada moral yang boleh dipelajari sebalik cerita yang singkat tetapi menimbul motivasi untuk tidak putus asa. Cara menulisnya juga menunjukkan betapa kuat sokongan keluarga adalah untuk seseorang. Ia memberi perangsang dan memberikan kami sesuatu untuk memikirkan setelah melihat video itu hanya dengan bahasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh Fathiah dan Sarah [S2-03]

      Delete
  10. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Saya harap ini akan membantu bila awak menghasilkan karangan.

    ReplyDelete