Monday, 26 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Duri-duri dalam Kehidupan" di muka surat 10 dalam Majalah Siswa edisi bulan Mac, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis cerpen.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk menyedarkan pembaca tentang kehidupan seorang ibu tunggal yang penuh dengan cabaran.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk menyatakan bahawa kehidupan yang susah tidak semestinya akan melemahkan semangat, malah ia boleh menyuntik semangat untuk terus memperbaiki diri.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Ada & MDanish

3

Andaian

oleh Abiyyu & Fathiah

4

Pendapat

oleh Sarah

5

Konsep

oleh Sharifa & Iffah

6

Kesan

oleh Adil

7

Maksud Tersirat

oleh Irfan & Mateen

8

Persoalan

oleh Harriz & Imanni



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad



12 comments:

  1. Point Kemasukan (5) Konsep

    Dalam cerpen ini, konsep tersebut yang telah digunakan adalah pengorbanan seorang ibu dan kepentingan untuk selalu bersyukur akan segala yang seorang mempunyai pada masa itu.

    Cerpen ini menerangkan secara halus akan kepentingan tidak berputus asa walaupun keadaan atau kehidupan sukar, sentiasa bekerja ke arah yang lebih baik dan mencari kebaikan dalam setiap keadaan buruk.


    Iffah (204) & Sharifa (203)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:

      Dalam cerpen ini, konsep yang telah digunakan adalah pengorbanan seorang ibu dan pentingnya untuk selalu bersyukur dengan apa yang ada.

      Cerpen ini menerangkan secara halus akan pentingnya tidak berputus asa walaupun keadaan atau kehidupan sukar, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan bersikap positif.

      Delete
  2. Point Kemasukan (8) Persoalan

    Isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini ialah bagaimana seorang ibu tunggal dapat menanggung anak-anaknya dan masalah bersama anak sulungnya yang tidak mengenang budi.

    Isu-isu lain yang berkaitan dengan isu utama ini ialah bagaimana anak-anak ibu tunggal itu sanggup berkorban untuk keluraga mereka dan bagaimana anak sulungnya tidak hendak menolongi keluarganya sendiri dan menunjukkan bagaimana dia seperti kacang melupakan kulit.

    Harriz dan Imanni S2-04

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:

      Isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini ialah bagaimana seorang ibu tunggal dapat menanggung anak-anaknya dan menghadapi masalah bersama anak sulungnya yang tidak mengenang budi.

      Isu-isu lain yang berkaitan dengan isu utama ini ialah bagaimana anak-anak ibu tunggal itu sanggup berkorban untuk keluarga mereka dan bagaimana anak sulungnya tidak hendak menolong keluarganya sendiri dan menunjukkan bagaimana dia seperti kacang melupakan kulit.

      Delete
  3. Point Kemasukan (3) Andaian

    Andaian penulis adalah bahawa semua ibu tunggal harus bekerja keras untuk menyara keluarganya kerana di dalam cerita tersebut, Mak Hasmah harus bersusah paya untuk menyara keluarganya.

    Penulis juga mempunyai andaian yang semua keluarga yang punyai ibu tunggal akan hidup miskin. Tidak semua orang harus hidup miskin hanya kerana ibunya harus menyara keluarganya seorang diri

    Fathiah [S2-03] dan Abiyyu [S2-09]

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Pembetulan

      Andaian penulis adalah bahawa semua ibu tunggal harus bekerja keras untuk menyara keluarganya kerana di dalam cerita tersebut Mak Hasman harus bersusah paya untuk menyara keluarga.

      Penulis juga mempunyai andaian yang semua keluarga yang mempunyai ibu tunggal akan hidup miskin. Menurut kita, tidak semua orang harus hidup miskin hanya kerana ibunya harus menyara keluarganya seorang diri.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Point Kemasukan (2) Bukti/Data

    Tulisannya adalah berdasarkan kepada kehidupan penduduk kampung yang susah tetapi penuh pengalaman.Penulis juga meletakkan peristiwa di mana perkara yang tidak bagus menjadi teruk tetapi baik datang di akhir yang menekankan pada bahagian 'pengalaman' hidupnya.

    Ada(S209) dan Danish(S203)

    ReplyDelete
  6. Point Kemasukan (4) Pendapat [Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?]

    Artikel ini ditulis derdasarkan pendapat Mak Hasmah. Kumpulan yang diwakili penulis adalah ibu kepada lapan orang anak yang miskin dan perasaan-perasaan dihadapinya semasa mendengar berita tentang anak-anaknya dan juga apabila mendapat rezeki.

    Sarah (S 2-03)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artikel ini ditulis derdasarkan pendapat Mak Hasmah. Penulis mewakili keluarga yang miskin dan perasaan-perasaan dihadapinya semasa mendengar berita tentang anak-anaknya dan juga apabila mendapat rezeki.

      Delete
  7. Point Kemasukan 7 Maksud Tersirat

    Maksud tersirat artikel ini adalah untuk sentiasa berdoa untuk kebaikan dan jusga berusaha sedaya mungkin untuk mencapainya.

    ReplyDelete