Sunday, 25 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (E-Learning 22 Mac 2012)


Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada daftaran tugasan yang dilampirkan. Kamu dikehendaki memberi komen kamu pada hasil karangan rakan kamu. Kamu dikehendaki merujuk pada hasil karangan rakan yang diletakkan di dalam Googlesite E-Learning 22 March. Saya hanya dapat letakkan hasil karangan para pelajar yang telah berikan pada saya - Hasil Karangan. Bagi yang belum menghantarnya, sila emel secepat mungkin. Kamu akan melewatkan kerja kawan kamu.


Komen-komen kamu boleh berpandukan pada soalan-soalan berikut :

1. Adakah kosa kata atau ayat-ayat yang digunakan menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik?
2. Adakah gaya/cara penulisan dapat menarik perhatian audiens (kamu)?
3. Apakah yang boleh diperbaiki lagi?

Selain itu, kamu boleh memberi komen-komen yang memberangsangkan. Tulis komen kamu seperti berikut...

Komen untuk rakan saya (nama rakan)
1.
2.
3.

Terima kasih.

Tugasan ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 26 Mac sebelum pukul 9 malam.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

7 comments:

  1. Komen untuk rakan saya Irfan
    1. Kosa kata dan ayat-ayat di dalam karangan Irfan baik.
    2. Cara penulisan dapat menarik perhatian saya kerana dialognya menghiburkan dan dramatik.
    3. Irfan boleh menggunakan lebih patah perkataan untuk mempanjangkan karangannya.

    ReplyDelete
  2. Cikgu, saya minta maaf kerana tidak boleh buat kerja elearning dengan baik atau tidak boleh buat kerana LD saya sedang di ICT helpdesk kerana rosak. :( Saya hanya boleh gunakan macbook saudara saya untuk masa yang sedikit sahaja. :( Saya minta maaf kerana saya telah buat cikgu marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga meletakkan comment ini daripada telefon bimbit saya. Saya harap cikgu maafkan saya.

      Delete
  3. Komen untuk rakan saya Sarah
    1. Kosa Kata yang amat baik dan banyak frasa-frasa yang menunjukkan penguasaan bahasa yang kuat.
    2. Cara menulis bagus sekali dan mempunyai jalan cerita yang lancar.
    3. Karangan harus disemak kerana mempunyai kesalahan ejaan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Komen untuk rakan saya Mateen

    1.) Kosa kata yang agak baik namun dapat dibaiki dengan ayat-ayat yang lebih senang dibaca.
    2.) Cara menulis agak baik dan dapat menunjukkan emosi dengan senang namun tidak terlalu banyak dialog.
    3) Karangan harus ada sebuah klimaks yang lebih menarik.

    ReplyDelete
  5. Komen untuk rakan saya Mateen

    1. Kosa Kata yang baik dan banyak frasa-frasa
    2. Cara menulis bagus tetapi kekurangan klimaks di dalam cerita
    3. Karangan harus melebihi emosi dan klimaks

    ReplyDelete
  6. Komen untuk rakan saya Iffah

    1. Ideanya sungguh baik.
    2. Beberapa frasa dan perkataan tidak digunakan betul
    3. Seluruhnya, cara menulisnya bagus tetapi ada beberapa perkataan dan frasa yang tidak digunakan betul.

    ReplyDelete