Tuesday, 7 February 2012

Unit 3 : Rakan Mayaku (B.Teks ms 37) - Pemahaman

Para pelajar,

Sila berbincang secara berpasangan/berkumpulan. Masukkan dapatan kamu ke dalam ruang komen dengan cara di bawah ini :

Jawapan Soalan 1 : ______________________________
Oleh : __________ (Nama & kelas)


Sila selesaikan tugasan ini di dalam kelas pada 7 Febuari 2012. Ia akan dibincangkan pada kelas seterusnya.

Soalan 1 : Nyatakan tujuan e-mel ini dihantar.

Soalan 2 : Mengapakah pengirim e-mel meminta agar balasan e-mel juga dihantar kepada Sheila dan Clement? Jelaskan.

Soalan 3 : Jika kamu diberi peluang untuk menganjurkan majlis sedemikian, apakah dua lagi acara yang akan kamu cadangkan untuk menjadikan majlis tersebut lebih menarik?

Soalan 4 : E-mel merupakan satu saluran yang baik bagi mengeratkan persahabatan. Jelaskan.

Soalan 5 : Pada pendapat kamu, adakah sesuai kita menggunakan e-mel untuk menjemput saudara-mara ke sesuatu majlis yang akan kita adakan? Bincangkan.

Kosa Kata
1. perkembangan =
2. memeriahkan =
3. perincian =
4. tidak berhalangan =


Pembahagian Tugas
  • Ada & Danish = Soalan 1
  • Adil & Abiyyu = Soalan 2
  • Fathiah & Sarah = Soalan 3
  • Sharifa & Iffah = Soalan 4
  • Irfan & Mateen = Soalan 5
  • Imanni & Harriz = Kosa Kata


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. Jawapan Soalan 2 : Sheila dan Clement juga adalah penganjung, jadi mereka harus mendapat tahu siapa yang boleh atau tidak boleh hadir ke pertamuan tersebut.
    Oleh : Adil dan Abiyyu (S209)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Salah ejaan untuk 'penganjung' / 'pertamuan' - sila betulkan.
      2. Jawapan ini hanya merangkumi 1 isi, perlu penambahan 1 isi lagi. Isi ini merujuk pada kegunaan pengirim.

      Delete
  2. Jawapan Soalan 1: Ia dihantar untuk memberitahu Fariz bahawa ada pertemuan bagi bekas 6A. Ia juga untuk berkomunikasi dengan Fariz selepas setahun.

    Oleh: Ada (209) Danish (203)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sila nyatakan dengan lebih terperinci tentang pertemuan itu - untuk bekas pelajar 6A dari sekolah mana?
      2. Kosa kata 'berkomunikasi' kurang tepat - dapatkan perkataan yang baru, yang lebih sesuai dengan konteks.

      Delete
  3. Jawapan soalan 3:
    Acara pertama yang saya boleh cadangkan adalah aktiviti yang kami boleh lakukan sebagai kelas untuk menceriakan suasana dan membuat majlis itu lebih menarik dan dikenang selalu.
    Acara kedua yang saya boleh cadangkan adalah untuk berkelah bersama-sama. Semua boleh membawa makanan untuk dikongsi antara satu sama lain.

    Oleh: Fathiah & Sarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sila pastikan aktiviti yang dimaksudkan merujuk pada aktiviti-aktiviti dalam pertemuan ini.
      2. Isi = berkelah dan manfaatnya (menceriakan suasana) bersesuaian dengan jangkaan soalan. Perlu tambah satu lagi aktiviti.
      3. Tidak perlu nyatakan tenang membawa makanan untuk dikongsi kecuali jika ia adalah untuk menambah nilai pada pertemuan ini (seperti tingkatkan kerjasama antara bekas pelajar dalam mengatur apa yang ingin dikongsi). Tambahan pula, ia agak sukar untuk berbincang kerana kebanyakan rakan-rakan berada di sekolah berasingan. Ini akan membuat keadaan menjadi tidak menentu kerana susah untuk membuat keputusan atau berbincang bila berjauhan.

      Delete
  4. Jawapan-Jawapan Kosa-Kata

    1. perkembangan = pembangunan
    2. memeriahkan = menggembirakan
    3. perincian = maklumat-maklumat yang kecil
    4. tidak berhalangan = sudi

    Oleh:Harriz dan Imanni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percubaan yang baik. Adakah kamus digunakan dalam hal ini?

      Delete
  5. Jawapan soalan 4:
    Emel merupakan satu saluran yang baik untuk persahabatan kerana kita boleh berkomunikasi dengan cepat, mudah dan tepat. Kita boleh menanyakan khabar teman kita walaupun mereka tidak bersama pada masa itu. Menulis emel adalah percuma. Kita juga boleh mendapat jawapan daripada kawan kita dengan cepat.

    Oleh: Iffah (204) & Sharifa (203)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Jawapan yang bertepatan tapi susunan isi agak bercelaru (tidak tersusun).
      2. Cadangan =
      a. berkomunikasi dengan cepat = hanya berurusan secara maya, tidak memerlukan tenaga kerja (posmen) untuk hantar surat.
      b. teruskan perhubungan jarak jauh = terus berkomunikasi walaupun tidak sering berjumpa atas sebab kesibukan.

      Delete
  6. Jawapan Soalan 5 : Pada pendapat kami, menggunakan e-mel untuk menjemput saudara-mara ke sesuatu majlis yang akan kita adakan sesuai kerana ia senang untuk berkommunikasi dan ia ringkas dan terus kepada idea utama

    Oleh : Mateen & Irfan s209

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Jawapan yang tepat.
      2. Perlu tambah 1 lagi isi = adakah ia sopan untuk masyarakat Melayu yang sememangnya pentingkan hubungan secara fizikal? Renungkan.
      3. Isi yang ditambah boleh menyatakan pendapat yang bertentangan (tidak setuju).

      Delete
  7. Terima kasih atas sumbangan yang diberi.
    Sila pastikan setiap soalan mempunyai 2 isi yang berlainan.
    Kamu boleh perbaiki jawapan dan letakkan bahagian 'Reply' pada komen kamu yang terdahulu.

    ReplyDelete
  8. Perlukah kita berulang kembali perkataan-perkataan yang digunakan dalam soalan dan ditulis kembali pada jawapan?

    ReplyDelete