Sunday, 12 February 2012

Unit 3 : Rakan Mayaku (B.Teks ms 37) - Maklum Balas

Para pelajar,

Ini adalah maklum balas daripada saya....

Kelakonan baik
- beberapa orang pelajar menunjukkan kelakonan yang baik. Mereka terdiri daripada Danish, Iffah, Irfan & Mateen. Syabas!
- ramai pelajar lain tidak dapat menunjukkan kelakonan yang baik mungkin kerana buat tugasan dalam keadaan kelam-kabut tanpa semakan atau tidak serius dalam penghasilan tugasan.


Kecuaian pelajar
- ramai pelajar yang mendapat markah rendah kerana tidak memasukkan 2 isi dalam setiap jawapan.
- ada pelajar yang terlupa untuk membuat bahagian kosa kata. Ini menyebabkan kehilangan markah.

Maklum balas terperinci
- saya telah meletakkan maklum balas secara terperinci pada setiap hasil kerja
- sila tunggu saya di luar kelas kamu sejurus selepas ujian kelas pada hari Isnin, 13 Febuari pada pukul 8.45 pagi. Saya akan pulangkan kertas masing-masing.
- sila buat pembetulan dan ia harus dihantar pada hari Rabu, 15 Febuari.

Terima kasih.

Cg Azizah.

No comments:

Post a Comment