Friday, 3 February 2012

Unit 3 : Rakan Mayaku (B.Teks ms 37) - Induksi

Para pelajar,

Sila berbincang secara berpasangan/berkumpulan. Masukkan dapatan kamu pada soalan-soalan rangsangan ke dalam ruang komen dengan cara di bawah ini :

Perenggan 1 : ______________________________
Oleh : __________ (Nama & kelas)


Berdasarkan penelitian perenggan
- Apakah yang ingin disampaikan dalam perenggan tersebut?
- Mengapakah ia ditulis sebegitu?

Berdasarkan pandangan peribadi.
- Apakah fungsi penulisan e-mel? Bagaimanakah kamu menggunakannya?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

11 comments:

  1. Perenggan 3:

    Perenggan itu adalah untuk memberitahu penerima emel itu tentang tujuan menulis penulisan tersebut. Perenggan itu ditulis dengan pendek supaya mesej akan disampaikan dengan jelas. Fungsi emel adalah untuk berkomunikasi dengan beberapa orang dalam satu masa yang sama. Juga, kerana ia tidak mengambil waktu yang lama untuk menerima seperti surat yang dipos, ia lebih berguna kepada kehidupan modern kami.

    Kami menggunakan emel juga untuk kongsi dokument-dokument sekolah dengan rakan-rakan kelas. Ini amat berguna kerana kita boleh menghantarnya melalui Internet dan bukan fizikal.

    Oleh: Iffah & Sharifa (-:

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Maklumat tidak lengkap
      - Perenggan ini menandungi mana, bila, siapa.
      - Kesuluruhan tujuan di P3. Perenggan 4 pula akan lebih mendalam.

      (=^_^=)

      Delete
  2. Perenggan 1 :

    Apakah yang ingin disampaikan dalam perenggan tersebut?
    - Mengucapkan apa khabar.
    - Menerangkan berapa lama tidak berjumpa

    Mengapakah ia ditulis sebegitu?
    - Ia ditulis sebegitu supaya boleh memulakan emel secara sopan.

    Berdasarkan pandangan peribadi, fungsi penulisan e-mel ialah untuk berkomunikasi secara cepat, tepat dan mudah.Kami menggunakanya untuk berkomunikasi bersama guru-guru, saudara-mara, rakan-rakan dan pekerjaan


    Oleh : Harriz dan Imanni S2-04

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertanyaan khabar selalunya untuk membuat penulis lebih sopan, namun, tidak wajib untuk ditulis.Selalunya, perenggan pertama pada SURAT mengandungi tujuan,EMEL juga harus mengandungi tujun pada peregggan pertama kerana formatnya sama.Penulisan surat juga tidak boleh mempunyai terlalu sedikit ayat kerana akan terlalu banyak perenggan.EMEL dan SURAT selalunya ringkas tetapi selalunya tepat.

      Delete
  3. Perenggan 2:

    Perenggan ini mununjukkan bahawa penilus (Julia Reza) yang dia ada jangkaan tinggi untuk rakan-rakanya darjah 6A

    Kami menggunakan emel untuk kongsi barang barang sekolah dengan rakan-rakan sedarjah . Ini amat berguna kerana kita boleh menghantar dan berkomunikasi dengan kawan-kawan melalui Internet dan bukan sahaja fisskal

    Oleh : Mateen & Irfan

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Perenggan tidak diperlukan
      -Untuk bersopanan dan keprihatinan
      -Bersopan untuk dapat markah bonus

      Delete
  4. Dibuat Oleh: Ada dan Danish
    Perenggan 5:
    .Ingatan yang terakhir untuk menghadiri pertemuannya
    .Menunjukkan cara untuk memberikan jawapan tentang kehadiran
    .Mengingatkan bahawa Fariz boleh menghantarkan e-mel kepada Sheila dan Clement.


    Emel boleh digunakan untuk mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan dan saudara. Kami juga boleh mengeluarkan rasa kami ke mereka. Saya menggunakannya untuk berbual bersama teman pena saya yang di luar negara. (:

    ReplyDelete
  5. Perenggan 4 - Sarah dan Fathiah (s2-03)
    1. Dia ingin menjelaskan tujuan pertemuan antara rakan-rakan sekolah rendah untuk berkongsi berita tentang perkembangan masing-masing.

    2. Ia ditulis sebigini untuk memberitahu siapa lagi yang akan dijemput supaya ia akan membuatnya lebih ghairah untuk menghadiri pertemuan tersebut kerana dia mungkin agak rapat dengan guru darjah 6A dan rakan-rakan semasa masih belajar di situ. Ayat terakhir ialah untuk memberitahu Fariz supaya menunggu emel selanjutnya untuk perincian majlis.

    3. Fungsi penulisan emel adalah untuk bertanya khabar dan memberitahu tentang perkara penting dengan mudah. Kita juga boleh terus berhubungan orang yang berada di luar negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Kata-kata dalam perenggan sebagai kata perangsang
      - Perenggan menjelaskan insentif, manfaat
      - ugutan, rasuah (?)
      - Dorongan dan sokongan supaya orang akan datang

      Delete
  6. abiyyu arif rahman2/07/2012 8:02 am

    Seluruh text - Abiyyu & Adil (s2-09)

    Saya mengirim e-mel ini untuk memberitahu tentang pertemuan kelas 6A dari Orangegrove pada bulan hadapan yang dianjuri oleh saya, Clement dan Sheila

    Di pertemuan, kita akan bertemu dengan rakan-rakan yang telah berpindah ke sekolah menengah yang berbeza. Kita akan berkongsi berita tentang perkembangan masing-masing. Guru kita juga telah diundang ke pertemuan tersebut. Saya akan memberi perincian majlis dalam e-mel yang selanjutnya.

    Saudara boleh memberikan saranan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan di pertemuan tersebut dan mengirim ke e-mel saya, Sheila dan Clement.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sumbangan dan penglibatan dalam perbincangan kelas tadi. Bahan ini akan digunakan sebagari rujukan apabila kita membuat penulisan emel.

    ReplyDelete