Friday, 6 January 2012

Visi & Misi - 6 Januari 2012

Rangsangan visual (sst)
Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara berpasangan/berkumpulan. Kamu boleh letakkan komen kumpulan kamu di bahagian komen. Kamu boleh rujuk pada lelaman sekolah bagi mendapatkan visual yang lebih jelas.
Soalan-soalan rangsangan :
  • Berdasarkan visi dan misi sekolah kamu, apakah yang ingin dicapai oleh sekolah kamu?
  • Adakah visi dan misi sekolah kamu penting bagi kamu? Mengapa?

Cg Azizah.Ahmad

15 comments:

  1. 1.)Sekolah saya ingin untuk menjadikan murid-muridnya pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang cemerlang dan dapat memikir dalam kumpulan dan sendirian dan juga dapat berkerjasama bersama orang-orang di luar negera.

    2.)Visi dan misi sekolah saya penting bagi saya kerana kesemuanya amat serupa dengan harapan-harapan saya juga.Dengan ini, saya akan lebih didorong untuk mencapai harapan saya kerana sekolah saya sedang melatih saya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Harriz. Dengan ini, kami berharap para pelajar akan memaksimakan peluang-peluang yang ada. Oleh itu, kita akan mencapai visi dengan menjalani misi yang sama. Semoga kita terus berusaha untuk mencapainya.

    ReplyDelete
  3. - Pada pendapat saya, sekolah saya ingin jadi sekolah lebih terkenal di negara yang lain juga supaya mereka boleh bekerjasama dengan sekolah-sekolah lain.

    - Ia penting buat saya kerana visi mereka membuatnya lebih mudah untuk saya mencapai apa apa sahaja

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Fathiah. Kami berharap awak akan menjadi pelajar yang akan mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa.

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan visi dan misi sekolah kamu, apakah yang ingin dicapai oleh sekolah kamu?

    Sekolah saya ingin membuat murid-murid yang membantu dunia manusia dengan bantuan teknology yang hanya boleh di capai jika mereka melihat masa depan.




    Adakah visi dan misi sekolah kamu penting bagi kamu? Mengapa?

    Ya. Visi dan misi sekolah penting kerana itulah apa yang kita ingin capai. Jika kita tidak akan boleh maju kerana kita tidak tahu jalan apa yang kita harus ikuti

    ReplyDelete
  6. 1. Sekolah saya ingin membantu dan menyediakan pelajar untuk masa depan dalam abad ke-21.

    2. Ya, ia mendorong kita untuk menjadi pelajar yang lebih baik dan menyumbang balik kepada masyarakat dan juga memupuk sikap yang baik sebagai seorang individu.

    - Sharifa & Iffah (:

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sekolah saya berharap untuk mendidik dan melengkapkan murid-muridnya untuk bersedia menghadapi dunia abad ke-21 dan kemahiran-kemahiran penggunaan teknologi yang memanafaatkan.

    Visi dan misi penting untuk sekolah kerana setiap sekolah ada kekuatan dan kelemahan sendiri dan visi dan misi ini tolong untuk menggunakan kelemahan dan kekuatan ini untuk mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  9. ● Sekolah saya ingin mencapai nama sebagai sebuah sekolah yang lebih mempunyai ikatan dengan pelbagai negara di seluruh dunia. Sekolah saya juga mahu pelajar-pelajar untuk menjadi pelajar yang akan menjadi pemimpin-pemimpin untuk masa yang depan dengan mendedahkan pengalaman mereka di SST kepada dunia dan sekolah-sekolah terbaik yang lain.
    ● Ya, kerana saya juga sedang mewakili nama SST dan saya boleh membuat visi SST menjadi kenyataan. Ia juga memberi saya matlamat semasa masih belajar di SST.

    ReplyDelete
  10. 1.Sekolah saya berharap untuk menyediakan pelajar-pelajarnya untuk menghadapi dunia yang sangat canggih.



    2.Tidak begitu penting kerana kemahiran yang perlu semasa bekerja boleh dipelajari pada masa yang lain.

    ReplyDelete
  11. Berdasarkan visi dan misi sekolah kamu, apakah yang ingin dicapai oleh sekolah kamu?

    Sekolah saya hendak membantu pejajar berfikir dan menunjukkan kemahiran dunia sekeliling dengan bantuan teknology

    Adakah visi dan misi sekolah kamu penting bagi kamu? Mengapa?

    Ya.Visi dan misi adalah sesuatu yang mereka hendak mecapai dan mereka harus membuat segala mungkin untuk mencapainya

    ReplyDelete
  12. Sekolah SST ingin menjadi sekolah yang berkaitan dengan global untuk menolong orang lain dengan bantuan teknology tanpa batasan.

    Visi dan misi sekolah penting kerana kami -murid-murid SST adalah pelajar perintis dan maksudnya, kami akan membuat sejarah untuk SST.

    ReplyDelete
  13. 1. Visi dan misi sekolah saya adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran abad 21 dan menjadi sesuatu sekolah yang bergabung dan berkerjasama dengan sekolah-sekolah dari negara-negara di seluruh dunia.

    2. Pada pendapat saya, visi dan misi sekolah saya adalah penting untuk saya kerana ia membantu saya mendapat apa yang saya hendak belajar dan bagaimana saya belajar.

    ReplyDelete
  14. 1. Sekolah saya ingin membuat murid-murid menjadi orang-orang yang sentiasa belajar sampai bila-bila, menjadi seorang yang berfikir secara kreatif, boleh bekerjasama dan menyelesaikan masalah sendiri, menjadi seorang ketua yang baik dan jadi seorang yangaktif secara global dan tempatan.

    2. Visi dan misi sekolah penting kerana saya tahu saya boleh menjadi seorang yang lebih berguna pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas pandangan yang begitu memberangsangkan. Sesungguhnya para pendidik SST mengharapkan kami serta para pelajar dapat mencipta sejarah. Ini akan meningkatkan nilai kita sebagai keluarga SST. Sudah pasti, kita akan dihormati dan disegani.

    ReplyDelete