Friday, 6 January 2012

Visi & Misi - 6 Januari 2012

Rangsangan visual (pendidikan)

Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara berpasangan/berkumpulan. Kamu boleh letakkan komen kumpulan kamu di bahagian komen.


Soalan-soalan rangsangan :
        • Pada pendapat kamu, apakah perbezaan di antara visi dan misi di kalangan industri dan pendidikan?
        • Apakah persamaan di antara visi & misi dalam bidang pendidikan?
Cg Azizah.Ahmad

5 comments:

  1. 1.) Pada pendapat saya perbezaan antara visi dan misi di kalangan industri dan pendidikan ialah visi dan misi industri selalunya memberi tumpuan kepada kejayaan dan kepercayaan industri manakala visi dan misi dalam pendidikan memberi tumpuan kepada kecermelangan akademik di antara murid-murid mereka.

    2.)Persamaan antaranya ialah mereka berdua memeberi tumpuan kepada kecermelangan murid dan pekerja mereka.

    Imanni, Harriz

    ReplyDelete
  2. Industri menghasilkan misi yang dikhaskan untuk pekerja-pekerja dan pelanggan mereka, tetapi sekolah-sekolah menghasilkan visi yang dikhaskan untuk murid-murid mereka.

    ReplyDelete
  3. perbezaan di dalam industri & pendidikan: visi dan misi industri adalah untuk memperbaiki diri dan perkhidmatan mereka. visi dan misi pendidikan adalah untuk memperbaiki diri orang lain.(mateen)

    persamaan visi dan misi dalam bidang pendidikan: apa yang mereka hendak menjadi masa hadapan(irfan)

    ReplyDelete
  4. 1. Visi sekolah adalah untuk membuat masa depan murid-murid mereka lebih cerah supaya dapat membangkitkan sekolah itu jadi misi mereka adalah untuk membuat murid-murid mereka lebih berdisiplin. Visi industri adalah untuk mengembangkan industri tersebut supaya ia lebih maju.

    2. Kedua-duanya mahu maju.

    ReplyDelete
  5. Bidang pendidikan menetapkan visi dan misi yang dikhaskan untuk memperbaiki murid-murid mereka

    ReplyDelete