Tuesday, 18 September 2012

Tugasan - 19 September 2012

Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri pada hari Rabu, 19 September. Bagi kelas Bahasa Melayu, para pelajar dikehendaki pergi ke Info Hub dari pukul 11.55 hingga 12.45 tengah hari.

Untuk tugasan, sila buat semua bahagian di Kertas Latihan. Ia harus dihantar pada akhir kelas Bahasa Melayu. Iffah, sila pastikan semua pelajar melaksanakan semua tugasan.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Tuesday, 11 September 2012

Tugasan dan B. Aktiviti

Baca, fahami, dan buat latihan di B. Teks 2B.

Unit 9:
MS 16*, 16 + 17, 20 + 21.

Unit 10:
MS 31*, 32 + 33.

Unit 11:
MS 44 + 45, 46.

Unit 12:
MS 56 + 57.

Unit 13:
MS 72, 76 + 77.

B. Aktiviti

Adil
Imanni
Sarah
Abiyyu

Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di Info Hub untuk kelas Bahasa Melayu (0855 - 0945). Ini adalah pertama kali kamu berada di Info Hub tanpa guru. Seluruh kelas perlu berada di tingkat bawah kerana saya ingin pastikan kamu dapat membuat tugasan di bawah pengawasan pustakawan. Saya harap kamu akan menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa kamu mampu berdikari. Wakil kelas akan memberi maklum balas kepada saya jika terdapat apa-apa masalah dalam kelas.

Setiap pelajar dikehendaki menggunakan masa untuk menyelesaikan tugasan Karangan Ekspositori yang diarahkan. Kamu perlu menge-mel karangan itu sebelum tamatnya kelas Bahasa Melayu.

Wakil kelas : Ada


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 14 August 2012

Analisa Teks - Masa Lapang

Para pelajar arif budiman,

Sila selesaikan tugasan yang diberi. Terima kasih.






Cg Azizah.Ahmad

Monday, 13 August 2012

Tugasan Hari Ini (13 Ogos 2012)

- Baca Karangan Contoh (Masa Lapang)
- Baca petikan-petikan daripada majala Dewan Siswa Edisi Julai
(MS 4-5, 6-7, 8-9,)
- Nota karangan ekspositori (Pendahuluan, Isi)

Tuesday, 7 August 2012

Penggunaan Teknologi (Mateen, Harriz, Sarah)

Gambar 1.

Gambar 2.
Gambar 3.

Penggunaan Teknologi (Tugasan Kumpulan)

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan kumpulan yang harus diselesaikan sebelum 9 malam, 10 Ogos. Sila rujuk slid-slid di bawah untuk penerangan lanjut.

Terima kasih.


Cg Azizah.Ahmad



Tuesday, 31 July 2012

Pemikiran Kritis (Tinjauan Awal)

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tinjauan untuk menganalisa tahap pemikiran kritis awak. Sila isi borang ini. Dapatan daripada tinjauan ini akan digunakan dalam melakar pembelajaran Karangan Ekspositori.



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 17 July 2012

Kerja Rumah

Peringatan untuk membaca teks di ms. 42 di buku teks 2B dan jawab soalan yang diberikan.
:D

Monday, 16 July 2012

Adat & Budaya - Pendapat kamu.

Para pelajar arif budiman,

Sila jawab soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya?
2. Apakah yang dianggap sebagai adat/budaya Melayu?


Terima kasih.
Cg Azizah

Saturday, 14 July 2012

Acara Bulan Bahasa 2012

Kepada Waris Para Pelajar,

Dengan sukacitanya, pihak sekolah memaklumkan tentang aktiviti yang boleh diikuti para pelajar SST serta ahli keluarga masing-masing. Memandangkan Unit Bahasa Melayu SST mempunyai hubungan kerja yang erat dengan pihak NLB, kami amat mengalu-alukan sokongan para pelajar serta ahli keluarga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak NLB.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Perpustakaan Daerah Jurong (Jurong Regional Library). Semua pelajar dijemput hadir untuk mana-mana aktiviti. Ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan acara Bulan Bahasa 2012.

PERPUSTAKAAN DAERAH JURONG, SABTU, 14 JULAI 2012

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PENYERTAAN (√)

2.30 – 3 ptg

Aktiviti Bercerita

Kawasan Perpustakaan

3.15 – 3.45 ptg

11 pg – 1 ptg

Bual-bual Seni – Bual & Tunjuk oleh Sri Warisan

Programme Zone

2 – 5 ptg

Alunan Ekspresiku oleh Jawatankuasa Penganjur Bulan Bahasa 2012

Daerah

Verging All Teens

1 – 5 ptg

Pondok Aktiviti oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Kawasan Perpustakaan

2 – 3 ptg

Sembang Sastera : Cerna Ilham

Programme Zone

3 – 4 ptg

Pelabgai Inspirasi, Satu Suara: 365 Tukilan Menemani Anda Setiap Hari oleh Rita Zahara & Sarkasi Said

Programme Zone

4 – 5 ptg

Celatah Si Comel oleh Warna

Kawasan Perpustakaan

4 – 5 ptg

Sembang Dikir : Menjana Identiti Tulisan Kita oleh Lam Soon MAEC Youth, Keris Movements

Programme Zone

Sekian terima kasih.

Cikgu Azizah Bte Ahmad

bagi pihak Jabatan Bahasa Ibunda, Sekolah Sains & Teknologi

Sunday, 24 June 2012

Pertemuan Sekali Lagi...


Selamat sejahtera,

Harapan agar semua mendapat rehat yang secukupnya. Kita akan bertemu lagi. Buat masa ini, awak boleh dapatkan jadual kelas dari googlesite atau daripada guru kelas.



Sila pastikan bahawa awak bawa Fail Bahasa Melayu serta Lampiran (tugasan cuti sekolah bulan Jun). Bagi yang belum menghantar tugasan (lisan & ulasan buku), sila maklum bahawa markah penilaian akan diberikan.

Semoga kita menjadi lebih bersemangat untuk menempuh cabaran-cabaran baru. Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 17 May 2012

Pengumuman

1. Tugasan Cuti Sekolah
   - lisan & bacaan
   - tarikh penghantaran sebelum 1 Jun, 9 malam

2. Common Test
   - pembetulan
   - tandatangan ibu/bapa
   - letakkan di fail (karangan/bahasa)

3. Fail Melayu
   - tandatangan ibu/bapa
   - buat pembetulan (jika perlu)

4. 25 Jun 2012 (Isnin)
   - selepas cuti sekolah
   - bawa lampiran tugasan cuti sekolah
   - bawa fail (yang sudah dikemaskini)

5. Kuiz Majalah Dewan Siswa (Mac, April, Mei)
   - diletakkan di Blog Melayu
   - 3 Jun - 24 Jun 2012
   - wajib dibuat


Wednesday, 9 May 2012

Kelas Bahasa Melayu = 10 Mei & 11 Mei


Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah.  Kaki saya masih bengkak.

Untuk kelas Bahasa Melayu, sila pergi ke Info Hub.  Saya telah maklumkan hal ini kepada pustakawan ('libarian').  Saya minta kerjasama semua untuk berada di tingkat bawah bahagian Info Hub.  Sharifa & Ada, sila bantu saya untuk pastikan bahawa semua berjalan lancar.

Sila gunakan masa untuk selesaikan tugasan Performance Task.  Saya harap tugasan ini dapat dihantar pada hari Isnin, 14 Mei, pada waktu makan tengah hari.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 8 May 2012

Peringatan

Tarikh untuk penghantaran Performance Task adalah pada hari Khamis depan, 17 May. (----:

Monday, 23 April 2012

Kesihatan

Para pelajar arif budiman,

Sila gunakan bahan-bahan bacaan yang diberikan. Masukkan dapatan kamu di dalam ruang yang dikhaskan. Klik pada pautan Perkongsian.






2. Refleksi Individu

Sila masukkan refleksi kamu di sini. Terima kasih.

Monday, 16 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’? (2 markah)



2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Friday, 13 April 2012

Peringatan

Bagi orang yang tidak dapat ke internet di Clementi Library, jangan lupa untuk memasukkan sumbangan di http://www.singaporememory.sg/ . Ambil screenshot lalu hantar ke cikgu.

Terima kasih :)

Tuesday, 10 April 2012

Kumpulan untuk PT

Kumpulan Performance Task

1 Sharifa
   Iffah

2 Fathiah
   Sarah

3 Abiyyu
    Mateen
    Imanni
    Harriz

4  Danish
    Ada
    Adil
   Irfan

Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)


2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk

dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.

(4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 2HML & 2ML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengalaman ke tempat peninggalan sejarah meninggalkan kesan pada penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 2HML & 2ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Danish M, Abiyyu, Irfan, Mateen, Adil.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Friday, 30 March 2012

Peringatan Tugasan

1) Pembetulan = E-Learning ---------- Dibuat dan dihantar
                        = Latihan 29 Mac ----  sebelum beralih ke tugasan lain

2) Pastikan kamu letakkan komen pada tugasan E-Learning rakan kamu
3) Masukkan dapatan untuk ulasan Akhbar = 26 Mac dan / 27 Mac
4) Siapkan Penulisan Jurnal

Tuesday, 27 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Usaha Tangga Kejayaan)

Selamat sejahtera,

Kamu perlu menghasilkan karangan yang bertajuk...

Tajuk : Usaha Tangga Kejayaan

Kamu perlu memuat turunkan lampiran Latihan II - 2HML & 2ML daripada Googlesite, "Karangan Naratif". Karangan ini harus ditaip dan diemel. Sila rujuk pada dapatan yang diletakkan di sini agar karangan kamu mempunyai isi-isi yang relevan.


Bagi memastikan kamu mempunyai isi-isi yang diperlukan, setiap pelajar dikehendaki mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Maklumat-maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Tema
  2. Latar
  3. Imbas Muka & Imbas Kembali
  4. Saspens
  5. Kejutan
  6. Konflik Luaran & Konflik Dalaman
  7. Kemuncak
  8. Watak & Perwatakan
  9. Sudut Pandangan
  10. Gaya Bahasa - Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora
  11. Peribahasa

Oleh itu, kamu perlu membuat kajian ringkas dan kongsi dapatan kamu di ruang komen. Di bawah ini adalah pembahagian tugasan.

Video 1
  • Ada & Abiyyu - Tema & Latar, Imbas Muka & Imbas Kembali
  • Danish & Iffah - Saspens & Kejutan, Konflik Luaran & Konflik Dalaman, Kemuncak
  • Sharifa - Watak & Perwatakan, Sudut Pandangan, Peribahasa
  • Fathiah & Sarah - Gaya Bahasa (Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora)

Video 2
  • Harriz - Tema & Latar, Imbas Muka & Imbas Kembali
  • Imanni & Mateen - Saspens & Kejutan, Konflik Luaran & Konflik Dalaman, Kemuncak
  • Irfan - Watak & Perwatakan, Sudut Pandangan, Peribahasa
  • Adil - Gaya Bahasa (Simili, Hiperbola, Personifikasi, Metafora)


Sila letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Video 1
  • Tema : ________________
  • Latar : ________________
  • Imbas Muka : ________________
  • Imbas Kembali : ________________

Oleh ________ & _________


Perkongsian ini perlu dilakukan sebelum selesai waktu kelas pada hari ini. Terima kasih.


Video 1




Video 2


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Santapan Minda - Kembara (2HML & 2ML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu.  Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.  Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”.  Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang?  Berikan pendapat kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad



Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (2HML & 2ML)

Salam sejahtera semua,


Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan  : Berita

1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan bengkel dengan forum? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, ada disentuh tentang impak negatif daripada media sosial.  Nyatakan dua impak negatif tersebut itu dan jelaskan bagaimana ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam kehidupan kamu.  (4 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau; terpulang kepada si pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak menguntungkan ataupun memudaratkan”.  Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan ini?  Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Penulisan Jurnal - Mac

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah artikel-artikel yang boleh digunakan bagi penulisan jurnal.  Sila pilih salah satu dan letakkan dapatan kamu di buku Jurnal.

1.  Pertandingan Prototaip F1 (ms. 4)
2.  Ratapan Sang Pungguk Sepi (ms. 14)
3.  Kembara Muslim 2011 Warisan Islam (ms. 36) / Hay-on-wye : Kampung buku pertama dunia


Tugasan ini harus dihantar sebelum pukul 11.00 pagi pada30 Mac 2012.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 26 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Duri-duri dalam Kehidupan" di muka surat 10 dalam Majalah Siswa edisi bulan Mac, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis cerpen.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk menyedarkan pembaca tentang kehidupan seorang ibu tunggal yang penuh dengan cabaran.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk menyatakan bahawa kehidupan yang susah tidak semestinya akan melemahkan semangat, malah ia boleh menyuntik semangat untuk terus memperbaiki diri.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Ada & MDanish

3

Andaian

oleh Abiyyu & Fathiah

4

Pendapat

oleh Sarah

5

Konsep

oleh Sharifa & Iffah

6

Kesan

oleh Adil

7

Maksud Tersirat

oleh Irfan & Mateen

8

Persoalan

oleh Harriz & Imanni



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad